Tuesday, November 16, 2010

Eksperimen.




Bismillahirrahmanirrahim...

Lamanya tak coret kat sini.Ternyata malas merupakan satu penyakit yang amat berbahaya.Hehe..Namun begitu faktor lain turut membantu menggalakkan lagi kemalasan yang telah ada.

Hari ini cuma nak cerita pasal eksperimen yang baru dibuat tadi.Eksperimen provikasi yang dihasilkan akibat rasa bersalah apabila ter"post" video "cium kat KL" di Facebook.

Kesian tengok perempuan "bodoh" tu dipermainkan oleh lelaki "bangsat" dalam video tu tetapi dalam masa yang sama terdetik dalam hati kenapa BODOH dan BANGSAT sangat dua orang ni dan kawan mereka yang ada kat situ.

Tak ramai yang memberi "respond".Fuuh!
Alhamdulillah,sekelumit hati hitam ni masih kasihan kat budak perempuan tu.

Macam mana la dia nak berhadapan dengan orang ramai nanti?Nampak gaya macam budak sekolah lagi.Macam mana la kat sekolah nanti ye?Nak berhadapan dengan kawan-kawan lain,keluarga dan masyarakat.

Tetapi yang peliknya tiada siapa pin yang menegur kecuali rasa beesalah itu datang sendiri.Dosa itu sesuatu yang menyebabkan rasa serba salah,sesuatu tak kena atau perasaan yang pelik kerana kita tahu ianya salah atau ragu-ragu sama ada ianya benar tau salah.

Ketika di kelas hari ini video tersebut menjadi topik hangat perbualan rakan sekelas.Muslim dan bukan muslim,perempuan dan lelaki,Melayu dan India semuanya telah menonton video tetsebut.Tak tahu dari mana mereka dapat video tersebut.Kalau diri sendiri,dapat daripada sebuah blog.

"Walaupun benda tu best tengok tapi aku still rasa nak lempang dua orang tu...",kata kawan dengan separuh gurau.

"Muka ntah pape kot",kata yang sorang lagi.

"Video tu ek?",tanya perempuan di belakang.

Dan banyak lagi respond lain.

Meluas juga tersebar video ni ye.

Setelah kelas tadi saya pulang ke rumah memandangkan lab dan kelas lain semua dibatalkan.

Ada dua lagi link yang dilihat.Satunya blog uncleseekers yang ntah apa-apa dan satu lagi video "bertudung nakal dalam dewan kuliah".

Lu ni wat gua panas je.Zzz..Grrr..That's my first impression.Teringat dosa semalam.Tetapi tak ada orang tegur pun.Salah ke tak ni?Hati hitam rasa kasihan.Kasihankan mereka yang hilang rasa malu.Perasaan geram rasa nak lempang-lempang je semua dalam video tu.

Eksperimen.

Ini memang sesuatu yang suka dibuat.Nak tahu reaksi orang di sekitar,kawan-kawan di Facebook.

Bukan tak tahu tentang aib dan penyebaran aib.Kerana tahulah rasa kasihan itu timbul dalam hati hitam ini.

Cuma apa yang ingin diketahui ialah apakah "respond" orang ramai terhadap video ini.Adakah sama dengan video "cium di KL" semalam di mana semua menyatakan kejijikan atau berbeza.

Ternyata "respond"nya berbeza sekali.Lebanyakan jijik tetapi pada masa yang sama mengharaplan video ini dibuang."Keaiban orang jangan disebar",kata mereka.

Saya tahu kawan-kawan sekalian.Sebab itulah hati hitam ini rasa kasihan seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

Tetapi saya pelik apabila orang ramai menyebarkan video adengan bercium tiada pula yang minta ia dibuangkan.

Tetapi persoalan utama yang timbul dalam benak hati hitam ini ialah :

1)Adakah kerana dalam video cium ada lelaki yang nampak sangat bangsatnya sehinggakan pasangannya kelihatan "innosence" manakala video bertudung nakal hanya dilakonkan oleh golongan perempuan sahaja menjadikan video cium yang aib tidak perlu dibuang berbanding video bertudung nakal?

2)Bukankah perlu diketahui perangai mereka ini agar lelaki-lelaki tidak tertipu dengan penampilan mereka memandangkan mereka sendiri tidak malu untuk beraksi sedemikian di hadapan video dan tifak mencegah video tersebut daripada di"upload" di youtube?Tak kasihan ke kat lelaki yang tertipu?

3)Perlu ke nak "blur"kan terlebih dahulu muka mereka ni?Masa buat video ni tak ada pun nak "cover" muka ke apa.Kalau "blur"kan dahulu persoalan kedua tu tak payah la kan?

Ada lagi persoalan lain tetapi tak tahu nak tnya macam mana.Huhuhu.. -___-'

Apa pun saya masih merasakan video sebegini kurang wajar disebarkan.Bukan kerana persoalan aib tetapi kasihankan mereka.Allah dah buka aib mereka.Cukuplah di situ.

Apa pula peranan kita?
Teruskan nasihat-menasihati agar tahap kesedaran beragama terus meningkat bukan sahaja si kalangan kita malah akan tetsebar sejauh mungkin.Inilah yang wajar kita sebarkan.

Maaf diucapkan kepada yang terlibat meninggalkan komen di "post" video bertudung nakal tu.Sengaja komen keras diberikan di situ untuk melihat reaksi tindak balas masing-masing.











p/s :

Artikel ini telah ditaip dengan menggunakan iphone buat pertama kalinya di blog ini.

Salam Aidil Adha.Semoga Aidil Adha kali ini menjadi bukti cinta sang hamba.

Yuk raikan hari raya yang dianugerahkan kepada kita sebagai muslim..

Harap-harap dapat sembelih kambing memandangkan timbalan pengarah korban tahun ni tak bagi pelajarsendiri sembelih lembu.Amin.
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop