Thursday, August 12, 2010

Fuuuhhh!!!




Bismillahirrahmanirrahim...



Fuuuhhh!!!

Banyaknya habuk.Setelah empat bulan tiga hari tanpa sebarang penulisan.Apa berlaku ni Jijol?Tak tau la beb.Banyak masalah dalaman kot.Masalah yang dicipta dengan sendiri.Alhamdulillah,baru hari ini selesai setelah tangisan di dalam solat rawatib bakda zohor tadi.Tangisan mengakui diri in silap menipu diri sendiri.Mengikut ikrar nafsu melawan Tuhan.Apa-apa pun saya bersyukur kerana hari ini saya menangis dengan sendirinya.

Tak ramai yang tahu apa yang berlaku.Kepada yang tahu,terima kasih kerana mendengar celoteh hati ini,yang menipu diri sendiri tetapi tidak mampu menipu Tuhan.Terima kasih kerana memberikan nasihat,sokongan dan dorongan.

Terasa sangat bertuah apabila memikirkan apa yang telah berlaku pada diri sendiri dan sekeliling.Apalah sangat ujian yang dihadapi kalau nak dibandingkan dengan ujian yang orang lain hadapi.Cuma mungkin rasa syukur masih kurang dalam hati ini.Nafsu selalu mahu memiliki sehinggakan kalau boleh dunia dan segala isinya mahu ditaklukinya.

Alhamdulillah,di bulan Ramadhan ini ego rapuh,nafsu pecah dan amarah berkecai menyahut seruan hati yang selama ini memanggil Tuhannya..Rabb..Rabb..Rabb..Terima kasih Tuhan..I love YOU... =)


Hai orang2 yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagi kalian amal-amal kalian dan mengampuni bagi kalian dosa-dosa kalian.
(Al-Ahzab:70-71)












Selamat berpuasa kepada semua Muslim seantero dunia~

1 comment:

syuhadah said...

assalamualaikum..

salam ramadhan.semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan menjadi titik perubahan dalam diri.insyaAllah.