Friday, April 9, 2010

Tahniah!!!





Bismillahirrahmanirrahim...



TAHNIAH!!!






Untuk siapa?



Untuk dia..



Siapa dia?



***************************************



******************



*******



***



*



Madihah Junid..



Wah!!!



Perempuan mana ni???



Ada lah..hehe~ ;))




Actually dia ni schoolmate masa kat SBPI Kuantan.Tapi apa yang special sangat pasal dia sampai ucap tahniah kat dia?Berkenan ke?Ehee~



Rasa-rasanya sebab apa?



Tahniah sebab insyaALLAH dia bakal jadi orang pertama daripada batch "Pioneers" yang akan berkahwin.Kalau berkenan pun dah terlambat.. ;p



Patutlah kontrol ayu semacam je masa jumpa kat reunion hari tu..haha..



Merupakan mahasiswa perubatan USM,Cik Madihah ini akan dinikahkan dengan bakal suaminya,Muhammad Ruzaini yang dikhabarkn merupakan mahasiswa perubatan juga.Dua-dua bakal doktor.Dua-dua sedang "busy" belajar dan dua-dua bakal "busy" jadi HO dan MO nanti.Tapi nampaknya faktor-faktor tersebut bukan penghalang bagi mereka untuk berkahwin nanti.










Perasaan kagum turut ada pada pasangan muda Aimerul Asyraff Zaaismail dan Husna Zainal.Kedua-duanya belajar di kolej matrikulasi yang sama dengan saya.Kedua-duanya sebaya.Yang membezakan kami ialah mereka merupakan pasangan suami isteri dan saya pula terkontang-kanting sorang-sorang.Haha..Berkahwin ketika cuti semester 3 lepas.Kedua-duanya sedang belajar dalam jurusan Farmasi di Universitas Gadjah Mada a.k.a UGM.Yang paling saya kagum ialah keluarga kedua-dua mereka ni.Sungguh "sporting".Nak tau cerita lanjut pasal mereka kahwin boleh baca kat blog Husna sendiri kat http://husnazainal.blogspot.com.



Perasan tak persamaan dari kedua-dua pasangan ni?



Dua-dua dari fakulti sama kan?



Kantooi!!!



Nampak sangat masa belajar asyik usha je kan..



Terutamanya yang lelaki ni..



Just kidding..hehe.. ;p



Jaga pandangan laaa...



Husnuzon~



Nak dijadikan cerita ramai la yang bincang pasal kahwin.Almaklum la semua "Pioneers" kebanyakannya dah 22 tahun 2010 ni.Saya je baru 21. ;D



Ada yang dah berpunya dan merancang untuk kahwin..
Ada yang dah berpunya tapi belum bersedia untuk berkahwin..
Ada yang berpunya pon belum,keinginan nak kahwin pon tak ade gak lagi..
Ada yang belum berpunya tapi tak sabar nak kahwin(cuba teka siapa dalam golongan ni???)..
Haish..macam-macam lagi laaa..



Bagi saya perkahwinan itu bukan sekadar penutup bagi kisah seseorang yang mahu meraikan fitrah cintanya.Tetapi merupakan suatu permulaan sebuah kisah,fasa dan peringakat baru dalam kehidupan.Seperti projek membina masjid,merupakan suatu tanggung jawab yang besar yang perlu digalas.Projek ini bukan hanya berkaitan diri sendiri dan pasangan,malah bersangkut paut dengan ummah.



Apsal plak?Yang kahwinnya dua orang je.Awat da kaitan dengan ummahnya?



Ya,di sinilah bermulanya pembangunan ummah.Kerana hasil daripada perkahwinanlah akan lahir anak-anak yang bakal menjadi khalifah pada masa akan datang.



Setiap golongan punya alasan dan hujah masing-masing..
Nak habiskan belajar sehingga mendapat segulung ijazah dulu..
Nak belajar masak dulu..
Ada yang tengah tunggu pasangan masuk meminang..
Ada yang sedang dan sentiasa bersedia,hanya menunggu yang rela menjadi pasangannya..
Yang tak pernah fikir pasal kahwin pon ada..
Dan banyak lagi alasan lain..



Apa pun alasan yang diberi,yang penting di sini ialah masing-masing menjaga maruah diri dan adab pergaulan masing-masing.Jangan diseberang ke sempadan haram yang digariskan syara'.



Ya,cinta itu fitrah.Namun begitu fitrah ini perlu diraikan dengan cara yang betul,bukannya dengan mentaliti senget yang menafsirkan cinta dengan nafsu sehingga hilang makna cinta itu sendiri.Makan pun fitrah juga,tetapi kalu terlebih makan binasa badan.Umur muda penyakit berlambak.Obesiti ada.Diabetes ada.Sakit jantung ada.Jantung tersumbat ada.Macam-macam ada.Dah macam Astro pulakkan.Samalah juga dengan cinta.Hilang kawalan,maka datanglah masalah.



Raikanlah anugerah pemberianNya dengan cara yang betul.Bagi yang belum memiliki istiqamahkanlah diri anda sebelum sampainya waktu cinta itu datang.Bagi yang hatinya sudah berpunya,cuba kawal perhubungan.Cuba salurkan gelombang cinta itu sehingga perkahwinan.Ketika menyalurkan cinta itu pastikan batas-batas syara' tidak dilepasi.Semoga nanti siapa pun kita atau mana satu pun golongan kita,kita dapat membina sebuah keluarga yang penuh barakah dan berkatnya diteruskan dengan nikmat keturunan yang baik dan rezerki yang bertambah.



Tatkala ramai pasangan yang berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat setelah sekian lama telah bernikah,janganlah nanti kita antara yang melalui peristiwa membuang bayi sendiri di tempat-tempat jijik seperti tong sampah,tandas dan longkang.



Jangan nanti setelah kahwin timbul perasaan curiga atau hilang kepercayaan akibat kisah silam dengan pasangan masing-masing sebelum ijab dan kabul.Maklumlah,masa sebelum kahwin dulu berani je buat macam-macam bersama.Menyeberang bersama lautan api.Segala batasan dirempuh bersama.Adakah pasangan tidak berani merempuh segala batasan perkahwinan sebagai suami orang atau isteri orang?Apa yang mampu membuatkan berani itu hilang setelah berkahwin?



Perkahwinan itu bukan suatu perkara yang mudah,namun bukan juga mustahil.Banyak perkara yang perlu diambil kira.Kedudukan,kewangan,keluarga,pendidikan dan lain-lain lagi.Persediaan diperlukan untuk meninggalkan fasa bujang dan persediaan ini boleh dilakukan sekarang.Tak kan lah esok nak akad nikah hari ini baru nak bersedia.



Berkahwin muda atau tidak ada "pro" dan "contra"nya tersendiri.Bergantung kepada diri kita sendiri untuk menjadikan ianya suatu yang positif atau negatif.Orang lain gagal tak semestinya kita tak mampu.Namun orang lain berjaya tak semestinya kita boleh lakukannya.Di manakah kedudukan kita masing-masing?Tepuk dahi tanya iman..hehe.. ;p



Narrated 'Alqama: While I was walking with 'Abdullah he said, "We were in the company of the Prophet and he said, 'He who can afford to marry should marry, because it will help him refrain from looking at other women, and save his private parts from looking at other women, and save his private parts from committing illegal sexual relation; and he who cannot afford to marry is advised to fast, as fasting will diminish his sexual power." (Book #31, Hadith #129) [Sahih Bukhari].



Kahwinlah kepada sesiapa yang mampu nak kahwin..
Kalau tak mampu tapi nak juga maka berpuasalah..



Apa-apa pun,sekali lagi tahniah diucapkan kepada Madihah dan bakal suaminya.Semoga segalanya berjalan lancar.Amiiin~



Siapa pulak yang nak menyusul lepas ni???



Adakah saya???



Kalau ya,dengan siapa???



Jeng..Jeng..Jeng...











Kepada Kak Tasha dan Fadzilah Kamal,
semoga selamat dan cepat sembuh..

Bittaufiq wannajah kepada semua yang tengah exam!


6 comments:

haikal ambri said...

=__=

3rdmarch said...

hahaikalcium

bakpe aok ni?
ok x?

mutiara solehah said...

salam, madihah junid. shbt sy semasa di matrikulasi.. Pioneer SBPIK rupanya.. mg berbahagia buat madihah =)

hamba said...

thumbs up!

learnquranonline said...

It’s a nice article and quite resourceful also love your work keep it up

3rdmarch said...

mutiara solehah :
madihah dah kahwin pon

hamba : whoa!

learnquranonline : arigato!!!