Wednesday, March 24, 2010

adakah saya mempunyai pilihan yang lain?




Bismillahirrahmanirrahim...



Langit Ilahi..
Sungguh indah terbentang luas..
Menyimpan 1001 rahsia dan persoalan..
Menunjukkan keagungan Tuhan..





Lihatlah dengan mata hatimu...





Segala-galanya bermula pada hari Sabtu lepas.Usrah diadakan setelah sekian lama kami tidak berkumpul.Untuk mengubati rindu terhadap keluarga ini saya menguatkan diri walaupun agak keletihan.Akibat selsema setelah mandi hujan pada hari sebelumnya.Saya membonceng teman serumah ke Sukawening terlebih dahulu untuk mengambil kado ulang tahun kelahiran.Terima kasih diucapkan kepada Nadiah Fatin.Setelah itu kami ke Cikuda,kampung pertama saya di bumi Indonesia.Di sini terletaknya rumah naqib saya,"Sheikh" Ahmad Fahmi.Rumahnya merupakan tempat utama usrah kami diadakan selain kedai makan ikan bakar Pantura.



Usrah diadakan secara santai.Naqib menyajikan kami dengan video dokumentari tentang pembunuhan pemimpin Ikhwanul Muslimin pertama,Hassan Al-Bana.Kemudian diteruskan dengan pengisian dan perkongsian.Pengisian dan perkongsian apa yang kami lakukan?Rahsia!Ahli usrah je yang boleh tahu(Apakah?).Sheikh menekankan betapa pentingnya "amar ma'ruf nahi munkar" yang seiring da seirama ibarat irama dan lagu.Selain itu kami ditekankan agar menggunakan kesempatan yang ada untuk menjadikan Bandung sebagai medan untuk kami jadikan ladang "syurga".



Setelah usrah selesai Syeikh bergegas ke gor(baca gelanggang olahraga) untuk bermain badminton manakala saya masih di rumahnya menugu teman serumah saya selesai bermain badminton di gor yang sama.Ketika itu ditakdirkan Allah saya terjumpa sebuah buku.Buku yang sangat cantik kulit luarnya,sungguh indah namanya dan sungguh menarik sinopsisnya.Itulah Langit Ilahai.Sebuah buku motivasi yang diambil daripada blog yang bernama persis tajuk bukunya.OMG!(dengan gaya terkejut.. -__-' ) Blog yang dijadikan bahan bacaan semanjak dua ini telah dibukukan.








Tidak hairan Langit Ilahi telah dibukukan memandangkan hasil tulisan pengarangnya yang dikenali sebagai Hilal Asyraf sangat hebat bagi saya.Gaya tulisannya sehati dengan jiwa.Daripada isi yang nak disampaikan selari di fikiran ini.Kadang kala apa yang bermain di fikiran tetapi tidak berjaya saya luahkan telah berjaya diolah olehnya.Orang sering katakan gaya pemikiran saya seperti orang tua.Ini kerana saya sering berfikir di luar lingkungan umur dan kotak pemikiran yang ternyata berbeza daripada rakan-rakan lain kebanyakannya.



Tatkala saya gagal menyampaikan saudara Hilal pula mampu mengarang dan menyampaikan apa yang saya cuba sampaikan.Apa yang mengejutkan saya sebelum ini ialah kami dilahirkan di tahun yang sama.Secara kasarnya umur kami sama.Kami sebaya.Namun hasil tulisannya telah dibukukan.Beberapa karyanya yang lain turut dierbitkan.



Ketika masyarakat berpegang dengan doktrin tunggu sampai masanya baru diajarkan.Dia bangun mengatakan ajarkan dahulu,kenalkan dahulu dan tarbiyahkan dahulu.Biar sampai masanya insan yang akan menghadapi onak dan duri kehidupan sudah kalis kejutan budayanya.Jiwanya telah penuh dengan nilai kemanusiaan sampaikan tiada ruang untuk ajaran-ajaran sesat lagi menyesatkan yang boleh mengubah manusia hebat ditunduk malaikat menjadi lebih teruk daripada syaitan yang dilaknat Tuhan.Nauzubillah..



Ketika saya cuba melangkah jauh.Belajar daripada pengalaman.Cuba untuk menyalakan lagi kehidupan sendiri.Mengumpulkan bekalan untuk menembusi awan syurga.Tetapi dia telah maju selangkah lebih maju.Dia bukan hanya belajar dari pengalaman malah berkongsi pengalaman.Dia turut membakar api kehidupan masyarakat malah telah berada di "Langit Ilahi".

Bunyinya seperti cemburu.Ya,saya akui.Saya cemburukan kehebatannya.Menggunakan akal untuk mengarahkan jari-jemarinya menari mengikut rentak irama yang menjadi pujaan telinga orang ramai yang akhirnya manjana perubahan.Setiap perubahan yang dilakukan oleh manusia akibat terpengaruh dengan rentak irama jari-jemarinya itu menjadi ladang pahala subur buat dirinya.Bukan mudah untuk menjadi seperti itu.Dan hanya orang hebat mampu menjadi sebegitu.Mampukah diri ini?Syurga hanya menerima insan yang hebat.Persoalannya,adakah saya mempunyai pilihan yang lain?



























cinta tidak perlu diungkap...
cinta tidak perlu ditunjuk...
cinta hanya perlukan pengorbanan...
cinta hanya perlukan perkahwinan...
(n.n)v

3 comments:

joegrimjow said...

update2

3rdmarch said...

dah2..hehe...

Hilal Asyraf said...

Moga Allah redha dengan kamu ya akhi.

Semoga Allah jaga hati2 kita.

Semoga Allah kuatkan jiwa2 kita.

Allah jugalah yang terbaik, dan segala kehebatan itu daripada-Nya.

Kita hanyalah hamba yang berusaha.


~seorang hamba...


HilalA syraf