Monday, February 1, 2010

PERMAI[ku]




Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah..PERMAI'10 berjaya dijayakan setelah sekian lamanya dirancangkan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada dari pihak penganjur sendiri dan peserta yang menghadiri.



Ketika ini saya sedang berada di rumah setelah dua minggu bercuti di Jatinangor.Ramai yang bertanya kenapa tidak terus pulang.Selain PERMAI'10,adalah alasannya.Mana boleh diberitahu semua.



Jarang kali menaip menyebabkan jari ini hilang rentak.Terlalu banyak yang terpendam menyebabkan sukar untuk diluahkan.Kepala kacau bilau kerana semua yang berada di dalamnya berebut-rebut untuk keluar.Syukur kerana TUHAN memberikan akal yang sihat yang mampu berfikir.



Mari mulakan dengan kisah pertama yang paling dekat,PERMAI'10.Seperti yang diceritakan di dalam post yang sebelum ini,moderator utama yang dijemput khas merupakan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkenal sebagai Saifulislam.com.Beliau merupakan moderator yang sama untuk PERMAI edisi yang sebelumnya.Keputusan pengarah PERMAI'10,Awang untuk mengekalkan Ustaz Hasrizal adalah sangat tepat kerana beliau merupakan tunjang kepada PERMAI'10 dan tanpa beliau program kali ini mungkin hilang seri.



Warga PERMAI'10 keseluruhannya...



Pada kali ini saya ditugaskan untuk mendokumentasikan apa yang berlaku di sepanjang PERMAI'10.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Camera cukup,handycam cukup cuma stand untuk handycam dan extension untuk plug handycam saya lupa."Cuma" tidak sesuai digunakan di sini kerana kedua-dua barang ini sangat penting untuk kelancaran tugas merakamkan setiap perkara yang berlaku ketika program berjalan.Saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada alat merakam sedangkan alatan sampingan ini juga memainkan peranan yang amat-amat penting.Kesannya mutu dokumentasi yang dihasilkan mungkin sedikit berkurang.Saya mntak maaf sangat-sangat jika hasil yang diperoleh tidak seperti diharapkan.



Ustaz Hasrizal Abdul Jamil@Saifulislam.com



Persembahan Ustaz Hasrizal sangatlah hebat.Penuh dengan info-info dan perkara yang perlu diketahui yang mungkin kita tidak terfikir atau terlepas pandang selama ini.Terus terang saya katakan siapa yang tidak hadir sangat rugi.Mungkin apa yang disampaikan beliau turut ada dalam laman webnya saifulislam.com namun begitu mendengar dan membaca adalah pengalaman yang berbeza.Mendengar secara live lebih berbekas di dalam hati.Hanya yang tinggal sekarang adalah menggunakan apa yang berbekas di dalam hati ini agar iana tidak sia-sia.Insyaallah akan saya lakukan dengan satu perubahan terlebih dahulu.Kepada sesiapa yang ingin tahu apa yang beliau sampaikan di PERMAI'10 boleh melayari laman web beliau sendiri iaitu Saifulislam.com



Host : Bandung.



PERMAI'10 juga memberikan saya peluang untuk beramah mesra dengan Ustaz Hasrizal dengan lebih dekat.Beliau tidak seperti penceramah lain.Beliau merupakan seorang yang cukup ramah,mamusiawi dan berfikiran kreatif dan kritis.Nilai manusiawi amatlah kurang dikalangan penceramah yang ada menyebabkan ramai manusia menjauhi majlis-majlis ilmu.Berpeluang untuk bersama beliau ketika di luar program merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga.Soal jawab secara terus dan dekat memberikan suatu yang berbeza.Mengenali beliau dengan lebih rapat merupakan suatu harta yang sangat berharga.Diharap harta ini dapat terus berkembang dan memberikan manfaat kepada diri seterusnya keluarga,rakan-rakan dan terus berkembang kepada umat.



Terima kasih Penghulu Farid..ada juga gamabar tengah bertugas... =)



PERMAI'10 berjalan dengan baik namun tidak sempurna.Setiap kesilapan dan kekurangan yang terjadi merupakan kelemahan dan kesalahan diri kami.Insyaallah akan kami jadikan teladan untuk waktu akan datang dan dijadikan panduan untuk PERMAI edisi seterusnya.Kami tidak akan menyerah kalah!



PERMAI'10's links :
















Tiada pilihan lain selain mahu ke syurga...

2 comments:

joegrimjow said...

ustaz hasrizal p sana tuuu
mantap3

3rdmarch said...

tu la..bukan senang..tp xmusahil..iA..bulan april ni dia mai lg bandung..bincang isu kekeluargaan plak.. =)

projek alumni apa cite???