Wednesday, February 10, 2010

si ibu,sang bapa dan anak tersebut...




Bismillahirrahmanirrahim...



Tersebutlah sebuah kisah seorang anak baru pulang ke rumah setelah beberapa bulan berkelana di negara asing.Maka disambutlah anak tersebut dengan penuh kemeriahan oleh keluarganya.Ketika tibanya waktu maghrib,si ibu dan sang bapa yang merupakan seorang yang taat kepada perintah Tuhannya mengajak anak mereka yang baru sahaja pulang dari merantau tersebut untuk solat berjemaah di masjid.



Dengan menurut perintahnya anak tersebut bersiap-siap memakai baju t-shirt dan kain pelikat.Si ibu yang melihat anak kesayangannya hanya memakai t-shirt menasihatkan anaknya agar memakai baju kebangsaan mereka memandangkan majoriti yang beragama Islam berbangsa tersebut.Anak yang baru pulang merantau memberikan alasan bahawa pakaiannya sudah cukup syaratnya untuk dia menunaikan solat iaitu bersih dan menutup aurat.



Kerana azan sudah kedengaran maka cepat-cepatlah anak tersebut pergi menuju ke kereta yang akan dipandu oleh sang bapanya untuk ke masjid.Dalam keadaan gopoh sempat dia mencapai satu kopiah putih yang tidak pasti muat atau tidak dengan kepalaya.Nissan X-Trail yang dipandu sang bapa meluncur laju ke masjid yang dituju.Sampainya di masjid anak tersebut keluar tanpa memakai kopiah.Sang bapa dengan hairan bertanya,


"Bakpe dok paka kopiah tu?" tanya sang bapa kehairanan.


"Dop padang,pioh kecik." jawab anak tersebut.


"Molek sangat la tu semayang kat masjid dok paka pioh." tegur sang bapa.


"Dah bukannya dok boleh,boleh je kang." anak tersebut memberikan alasan.


"Memang la tapi udoh ngat orang napok dop paka pioh semayang dalam masjid" sang bapa memberikan jawapan kepada persoalannya sambil dihulurkan kopiahnya kepada anak tersebut.



Kopiah anak tersebut dipakai sang bapa.Sang bapa tidak kisah memakai kopiah lain asalkan muat dengan kepalanya.Bagi sang bapa yang lebih penting ialah anaknya.Biarlah anaknya kelihatan elok mata dipandang.Bukan mahukan pujian dihemburkan terhadap anaknya tetapi agar anaknya tidak dikeji biar pun di dalam hati mana-mana jemaah masjid tersebut.Begitulah kisah sayangnya sang bapa terhadapnya.





Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada...





Aku pun tak tahu kenapa aku rajin sangat nak taip kisah ni.Mungkin hanya sekadar mahu berkongsi kisah.Apa-apa pun hargailah ibu bapa anda.Mungkin cara mereka menyayangi kita semua berbeza-beza.Marahnya itu sebenarnya sayang,merotan juga kerana sayang,diberinya sesuatu itu sayang,tidak diendahkan permintaan kita itu sayang dan menyuruh kita melakukan yang dilihat elok olehnya tetapi tidak dpandang oleh kita juga sebenarnya sayang.





Jangan lupa doakan mereka setiap kali kita doakan diri kita. =)













Sesiapa yang tidak faham loghat Terengganu boleh mintak sesiapa yang faham tolong terjemahkan..

;D

2 comments:

zamanislam said...

salam ziarah..zizol..ooit..

3rdmarch said...

salam~

syukran ala ziarah..

btol x arab aku ni fuad?