Sunday, January 3, 2010

1431/2010




Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah..segala puji bagi Sang Pecipta yang mengizinkan diri ini bernafas di tahun 2010 ini.Tahun demi tahun sudah berlalu.Berlalu tanpa disedari.Hanya sekelip mata sahaja sekarang kita semua sedang menghirup udara 2010.Kini 2009 menjadi sejarah untuk dikenang.Pahit manis 2009 akan ditelan ingatan.Semoga yang baik terus ditingkatkan dan yang buruk dijadikan pengajaran.Biasanya tahun baru sinonim dengan azam baru.Saya juga begitu namun azam dan tekad saya bermula ketika berlakunya peralihan tahun daripada 1430 ke 1431 Hijrah.Saya mempunyai azam yang ringkas iaitu ingin memperbaiki kehidupan saya dari setiap genap aspek menjadi lebih baik,insyaALLAH.Amin~



Antara pengalaman yang paling dikenang...



Kini cabaran baru sedang menunggu.Cabaran tahun baru bermula dengan Ujian Akhir Semesta(UAS) yang akan bermula pada tanggal 5 Januari ini.Kemudian insyaALLAH program sulung bagi tahun 2010/1431 akan diadakan pada 22 Januari ini.






PERMAI'10 iaitu Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia se-Indonesia 2010 merupakan program di mana mahasiswa Islam Malaysia yang berada di Indonesia dan juga dari Malaysia sendiri akan berkumpul di Bandung yang merupakan host pada tahun ini.Aktiviti yang dilakukan merangkumi seminar,ceramah motivasi dan games dalam beberapa slot berdasarkan modul daripada buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" yang dikarang oleh Fathi Yakin,membicarakan tentang 6 perspektif menjadi muslim yang efektif diolah mengikut cara dan versi Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(saifulislam.com).Berikut merupakan butir lengkap dan padat PERMAI'10 :



PERMAI 2010 (Bandung)

Tempat: Politeknik Pos Bandung, Indonesia

Tarikh: 22-24 Januari 2010

Penceramah: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Tema: Islam dan Muslim; Dulu kini dan Masa depan

Modul: 6 Perspektif Menjadi Muslim yang Efektif
















Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,sila layari blog PERMAI'10 :



atau hubungi Ahmad Zulhazwan :

+6281809031717
nawz_zuhal@yahoo.com











Ya ALLAH...
Permudahkanlah hambaMU ini menghadapi ujianMU...
Sesungguhnya apa yang terjadi hanya dengan izinMU...
Tiada TUHAN melainkanMU dan Muhammad Rasulullah...
Amin~

No comments: