Sunday, December 13, 2009

sekilas lalu~




Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillahirrabbilalamin...
Saya masih lagi menikmati rasa sihat selepas dua minggu ditarik balik nikmat kesihatan oleh SANG PECIPTA.Syukur kerana nikmat yang berharga ini hanya ditarik buat sementara waktu.Mungkin ada sesuatu hukmah yang ingin disampaikanNYA melalui musibah yang dihadapi.Rasa ingin menaip kembali di sini datang setelah terlalu banyak peristiwa yang dilalui tetapi tidak dictatatkan di sini sedangkan asal tujuan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman,pandangan dan pemikiran yang ada.



Banyak perkara telah dilalui.Tanpa disedari,pejam tutup,pejam tutup mata dah hampir berakhir pun semester 3.InsyaALLAH pada 25 Januari 2010 saya akan berada di tanah air tercinta.Sem 3 ni mrupakan sem yang sangat mencabar.Dengan jadual yang sangat padat dan aktiviti kemahasiswaan yang agak banyak terutamanya pada bulan lepas sedikit sebanyak melemahkan badan dan mental.Mungkin inilah sebabnya diri ini menjadi kurang sihat untuk dua minggu ini.



Alhamdulillah..segalanya telah ditempuh.Mungkin tidak sempurna tetapi itulah yang terbaik yang mampu diberikan setakat ini.Terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan yang membantu dan memberi sokongan.Pengalaman suka dan duka yang ditempuhi akan dipahat kukuh di dalam hati.InsyaALLAH kesilapan tidak akan diulangi dan yang baik akan disempurnakan lagi.



Pelbagai ragam orang yang ditemui.Dari orang kampung biasa,mantan mufti,menteri hinggalah ke timbalan perdana menteri.Setiap perkara yang dirakam oleh telinga,mata dan hati dijadikan memori agar yang baik diteladani dan yang buruk dihindari.Terus terang banyak yang dipelajari terutamanya daripada senior,abang-abang dan kakak-kakak di sini.Tidak dilupakan juga rakan-rakan seangkatan yang yang tidak kurang hebat idea dan idiologi mereka.



Tidak dilupakan juga warga Alpina yang penuh keriangan dari rumah sendiri ke rumah sebelah dan juga ahlinya yang lain.Tiada damai dan bahagia jika sekadar tinggal di rumah yang gah tanpa penghuni yang sentiasa bersatu hati mempertahankan keharmonian sesama ahli.Keharmonian ini penting bagi memastikan Alpina sentiasa diisi dengan rasa cinta dan bahagia walaupun ahlinya akan bertukar ganti.



Jika diimbas kembali semuanya,kita mungkin telah ditakdirkan bersama untuk menghadapi segala suka duka di sini.Mengharungi bersama cabaran hidup sama ada demi menguatkan diri dan iman di hati.Mungkin semua ini tidak akan berlaku jika kita berada di sisi lain dunia walaupun di tanah air sendiri.Syukur alhamdulillah di bumi Bandung ini kita berkumpul untuk kita jadikan hidup ini lebih bermakna.Siapa sangka inilah yang akan ditempuhi setelah sampainya di sini.Saya juga tidak.Hidup ini bukan sekadar lakaran sejarah yang untuk dicatat tetapi kegemilangan dan kecemerlangan untuk dikenang kelak.



Sekilas lalu~


Bersama Dr.MAZA & DSSK pada malam eidiladha...



Sebalik tabir TSMCG...



Bersama dgn TSM & isteri...





TSMCG grand dinner...



Pengalaman baru : escorted by the polices...



Presiden KUBI ditemu ramah oleh wartawan RTM,Anwar Jamil ketika BAKSOS...



Rakaman ucapan eidiladha oleh RTM..ntah tayang ke x...



Bersama menteri belia & sukan..ketika perasmian 1st kelab rakan muda luar negara..



Kami bertemu dan berpisah atas dasar takwa..insyaALLAH...







p/s :

1)Nak menulis lagi tapi sedikit kacau dengan ketiadaan hard disk..haha...

2)Click di gambar untuk besarkan...

3)Coming soon : PERMAI ~ 22-24 Januari 2010

No comments: