Sunday, September 20, 2009

Feliz Eidulfitri...




Bismillahirrahmanirrahim...



Secara ikhlasnya tidak ada apa-apa yang ingin diperkatakan pada malam ini selain menaip untuk menyatakan syukur kepada ALLAH S.W.T.Alhamdulillah,dengan nikmat dan rahmatNYA Ramadhan berjaya dilalui hingga ke penamatnya hingga menjelang malam Syawal yang penuh keriangan.



Sempena sambutan kebesaran umat Islam ini,diri ini yang bernama Muhammad 'Azizul 'Azim Bin Maliki ingin memohon maaf atas segala salah dan silap samada sengaja atau tidak zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini tidak kiralah rakan baru atau sahabat lama di dunia nyata atau di alam mana sekali pun dan walaupun tidak pernah kita bertemu...



Ja'alnallahu wa iyyakum minal 'aidiinal faiziina,wa taqabbalallahu minna wa minkum...


Semoga Allah SWT menjadikan kita semua sebagai hamba-hamba-Nya yang kembali (kepada fitrah) dan sebagai hamba-hamba-Nya yang menang (melawan hawa nafsu). Dan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadah kita semua...




Salam Aidilfitri~


Sekali lagi maaf zahir & batin...




kad raya untuk semua..eh..kad ke ni?



TAKUT & HARAP…DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ukhuwah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar…
Walillahhilhamd!




13 comments:

- m!ss_yaNa - said...

selamat hari raya juga buat kamu.. :)

qishie said...

feliz eidulfitri.. lo siento por todo

3rdmarch said...

salam aidilfitri utk yana~ =)

3rdmarch said...

qishie~

feliz eidulfitri a mi novia.. ;))

duha said...

salam aidilfitri..

pesanan utk kamu:
mintak maaf cepat..banyak wat salah!

heh

p/s:ampun dan maaf dipinta~

joegrimjow said...

slamat ary raya jijool

3rdmarch said...

dudu :

salam aidilfitri..

maaf zahir & batin~

sorry ye dudu..slalu kacau kamu..
kacau tu tandanya syg..ehee~

3rdmarch said...

joe suparjo~

salam aidilfitri..mitok maaf byk la klu ado saloh gapo2 gak.. ;D

hazaryu said...

masih mood raya lagi..eid mubarak jijol..maaf zahir dan batin..thanx 4 duet raya..

n_n

3rdmarch said...

azza :

feliz eidulfitri..
maaf zahir batin gop..
thanx 2 my parents..
d duet raya wasn't from me..
huhuhu~

3rdmarch said...

nadwan :

salam aidilfitri~
pix raya de kat fb..
sila tgk kat fb ye..
klu lom add sila add..
ehee~ ;D

syabab said...

Salam Aidilfitri n salam ziarah..walaupun agak lewat.....Url blog sy ,saiful adli tu da tukar.........ni url baru, cintailahirabbi.blogspot.com.

joegrimjow said...

update2