Friday, September 18, 2009

Sedih & Semangat



Bismillahirrahmanirrahim...



Segala puji bagi SANG PECIPTA kerana kasih dan pemurahNYA aku masih lagi bernafas di malam ke-29 Ramadhan ini.



Tadi merupakan kali terakhir solat sunat Terawikh ditunaikan untuk tahun 1430H.Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang.Sedikit sugul dan sedih ketika menunaikan solat Terawikh tadi.Apakah kita akan bertemu lagi wahai Ramadhan?Persoalan yang kerap bermain di dalam minda.Apakah ini Ramadhan yang terbaik yang pernah ku tempuhi sepanjang hayatku?Apa-apa pun aku berharap segala ibadatku diterimaMU wahai SANG PECIPTA AGUNG walau seteruk mana pun hambaMU yang kerdil ini.Bersyukur kepadaMU juga kerana mengizinkan hambaMU ini sekali lagi menghabiskan bacaan ayat-ayat cintaMU di dalam bulan Ramadhan.Hati ini juga bimbang memikirkan tentang momentum yang tinggi di bulan mulia ini.Aku berharap sekurang-kurangnya mengekalkan momentum ini.Tetapi apa guna harapan tanpa usaha.InsyaALLAH..momentum ini bukan sekadar di bulan mulia ini malah di bulan-bulan seterusnya.Ameennn~



Tahun ini agak pelik kerana sepanjang Ramadhan aku berada di rumah.Secara jujurnya Ramadhan kali ini agak tenang tetapi kurang mencabar.Ini disebabkan masa terluang yang agak banyak dan kebanyakannya dihabiskan di rumah.Jika dihitungkan juga baru sekali aku menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan.Itu pun pada hari pertama puasa dan tiada apa-apa yang di bawa pulang dari bazar tersebut.Pusing bazar 2,3 kali tetapi tiada satu pun juadah yang boleh menarik nafsu makanku.Kebetulan juga ketika itu aku terlupa untuk membawa wallet.Tetapi itu bukanlah masalah atau alasan untuk tidak membeli apa-apa kerana ada kawan yang menawarkan duit untuk dipinjam.Aku hanya makan rezerki yang disediakan olah keluarga di rumah.Alhamdulillah makanan di rumah tidak kalah dengan juadah di bazar.Malah lebih enak dan menarik agaknya.



Ramadhan bakal pergi Syawal pula bakal menjelma.Semoga Aidilfitri kali ini dapat disambut dengan meriah oleh semua umat Islam di seluruh dunia.Harap-harap kali ini raya dapat disambut dengan penuh semangat.Tiap-tiap tahun asyik sedih je ketika beraya pada hal waktu raya merupakan waktu meraikan kemenangan.Waktu yang perlu diraikan dengan penuh semangat agar syiar Islam sentiasa berkobar-kobar di dalam diri.Apa-apa pun raya-raya juga tapi jangan sampai melepasi batas.Jangan disebabkan terlalu asyik beraya sujud dan sembah pada SANG PECIPTA dilupakan.Raikanlah Aidilfitri nanti bukan sahaja dengan penuh bersemangat tetapi juga dengan penuh keserdahanaan.



By the way,dah agak lama blog ini tidak di"update".Bukan kekeringan idea.Bukan kekeringan kata-kata.Bukan kekeringan masa.Kekeringan semangat untuk menaip barang kali.Sebenarnya banyak perkara ingin dikongsikan sepanjang percutian lebih 3 bulan ini.Banyak perkara berlaku.Banyak liku yang dihadapi.Banyak suka-duka yang boleh dikenangkan.InsyaALLAH akan aku nukilkan di sini pada waktu akan datang...




-Aidilfitri 2008-

6 comments:

qishie said...

salam aidilfitri.

p/s:kemain pink kale baju.ahaha

3rdmarch said...

salam qishie~

feliz aidilfitri a ti~

p/s : ikot je apa y parents putuskan..baju raya warna apa taon ni?

qishie said...

kale pink dgn ijau. ^^

3rdmarch said...

Ooo..
cek lom tgk lg bju melayu kaler apa..
besok nak g mesjid bru tgk kot..
pas 2 pki teros..
terok tol aku raya kali ni..
ehee~

NaDWaN said...

camat ari rayer!!!!
mne gmbo taun ni??huhu

asz.wani said...

Kesian emakny,dpt ruang y kecik