Monday, July 27, 2009

Nikahnya Diterima...




Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah.. Sesuatu yang bersejarah telah berlaku kepada warga SHAMS batch 01-05 pada hari Jumaat lalu,24th July 2009 bersamaan 2 Shaban 1430.Rakan kami Wan Aimi Rashidah Binti Wan Mokhtar dan Muhammad Izzat Bin Md Kamal telah selamat diijab kabulkan.Ini menjadikan Aimi dicatatkan dalam sejarah sebagai orang pertama di kalangan SHAMS batch 01-05 yang telah berkahwin.


"Selamat Pengantin Baru"

”Baarakallahu laka wa baaraka ’alaika wajama’a bainakuma fi
khair...”

Amin~



Pengantin baru dan rakan2...


Sedikit cerita pasal pengantin baru ni.Pasangan pengantin baru ini merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan di Mesir(maaf saya lupa di universiti mana).Nampaknya Bumi Anbia' Mesir telah menjadi penyatu cinta dua hati ini.Aimi sekarang berumur 21 tahun manakala suaminya berumur 23 tahun.Aimi kalau tak silap orang Terengganu memandangkan rumah "parents" dia di KT dan dia juga penerima biasiswa YT manakala Izzat berasal dari Kelantan(Pasir Mas kalau tidak silap).



Dari kanan : zukh,syazana,fadzlina,aimi,izzat,'azizul...



Alhamdulillah..sempatlah juga borak-borak dengan pengantin lelaki.Terima kasih kepada Pali yang telah sedikit sebanyak meng"interview" suami Aimi ni.Izzat merupakan pelajar batch yang sama dengan isterinya walaupun lebih tua dua tahun.Merupakan bekas pelajar Maahad dan Darul Quran dan merupakan pelajar tajaan Baitulmal.Kalau tak silap merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik.Abang-abang yang di atasnya semuanya sudah berkahwin.Ditanya bagaimana dia merisik Aimi.Jawapannya ringkas iaitu melalui kawan-kawan Aimi sendiri(kalau ada silap fakta tolong betulkan).



Izzat & Pali...



Imbas kembali...



Saya melihat kad jemputan yang diletakkan di dalam Facebook.Wan Nur Aimi pelajar SHAMS yang sama batch dah nak menikah.Saya cuba mengimbas wajahnya.Memori-memori lama ketika di tingkatan 1 hingga 4 dibelek satu persatu.




"Yang mana satu ek?" detik saya dalam hati..


"Alaa..anak Cikgu Alijah,cikgu Sains.."jawab rakan di FB..



"Tak tau plak Cikgu Alijah ada anak yang belajar sekali dalam satu batch" celaru memori saya dibuatnya.



"Ada la tu kot yang ko lupa..kalau tengok muka kenal la tu kot." saya cuba sedapkan hati..




Kad jemputan di FB...



Kerana ukhwah dan silaturrahim yang tercipta...




Mula-mula saya memang tidak bercadang untuk pergi.Tidak ada orang untuk diajak pergi bersama.Ajak orang Kemaman,dia tak nak turun KT.Tak kan nak pergi dengan budak perempuan kot.Segan la pula.
Alhamdulillah..kerana ukhwah yang tercipta tak sampai sebulan ni,sampai juga saya ke rumah pengantin.Ukhwah yang tercipta ketika majlis reunion ketika menjejakkan kaki ke bumi KT yang tercinta.Ukhwah yang tercipta antara Muhammad 'Azizul 'Azim Bin Maliki dengan Muhammad Zulfadli Bin Yahya a.k.a Pali.Kami tidak jauh sebenarnya.Dia belajar di Institut Teknologi Bandung manakala saya pula di Universitas Padjadjaran di mana ke dua-duanya di Bandung.Dah kenal ni,bolehlah tumpang rumah mu Pali kalau nak pergi jalan kat Bandung malam-malam.haha..



Kalau bukan kerana ukhwah ini saya mungkin tidak akan dapat melihat siapakah Wan Aimi Rashidah dan Muhammad Izzat dan fikiran saya mungkin bercelaru sampai sekarang masih memikirkan siapakah "batchmate" pertama saya yang dah menikah. Ukhwah yang bertaut kembali Syukur juga kepada TUHAN.Selain sekadar berjumpa dengan pengantin dan Cikgu Alijah,saya juga dipertemukan olehNYA dengan rakan-rakan lama yang masih dikenali dan juga yang saya ingat-ingat lupa atau saya tidak pernah perasan kewujudannya.Maaf saya ucapkan.



Dulu-dulu punya cerita...



Saya memang tidak kenal sangat dengan pelajar perempuan SHAMS kecuali yang pernah sekelas dengan saya(tu pun tidak semua) dan yang terkenal(best students/pelajar yang jadi buah mulut pelajar lelaki lain) sahaja.Fadzlina yang saya jumpa hari tu pun baru saya tahu kewujudannya.Saya masih teringat lagi ketika Camp Kecemerlangan PMR.Ada segelintir pelajar lelaki sedang memuji Nik Nurwani.Dah keluar sekolah baru saya tahu dia yang mana satu.Rupa-rupanya selama ini saya tertukar dengan kawan baik dia Wan Dalilah yang selalu bersama dengannya.Yang dijangkakan Nik Nurwani rupa-rupanya Wan Dalilah dan begitulah sebaliknya.Maklumlah ke mana-mana sahaja mesti bersama.Lucu pulak bila kenang kisah lama(bagi saya la..).
Haha~



Guru-guru yang dikenang...




Tidak dilupakan juga guru-guru SHAMS yang hadir ketika itu.Agak ramai.Ada yang pernah mengajar saya dan ada juga yang tidak.Ada yang masih kekal di SHAMS dan ada juga yang telah berpindah ke sekolah lain.Yang paling penting ada yang masih kenal dan ada juga yang telah lupa.Maklumlah dah berapa tahun tidak berjumpa.Sejak 2004 kita berpisah.Kini 5 tahun telah berlalu.Sungguh cepat masa bergerak meninggalkan sisa memori yang menjadi sejarah.Terima kasih guru-guruku.Anda semua akan tetap saya kenang walaupun saya dilupakan.Terima kasih dengan ilmu dan pembentukan akhlak ini walaupun saya masih bukan yang terbaik yang boleh anda semua banggakan.Syukran jazilan~




Berfikir sejenak...



Pada malam itu juga ada kawan yang "upload"kan gambar yang diambil ketika di majlis perkahwinan tersebut ke dalam FB.Maka ramailah rakan-rakan yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut hadir ke majlis sesi melihat foto.Komen-komen yang terhasil sungguh meriah sekali.Macam-macam yang dikomenkan.Saya juga turut serta.Biasalah saya dengan ayat-ayat yang sedikit provokasi(bagi saya sedikit..).Maaf jika ada yang terasa.



Cuma saya terfikir kenapa yang "kelihatannya" hendak sangat berkahwin dikatakan "gatal",itulah,inilah dan lain-lain sedangkan yang "berpacaran" itu tidak.Pada hal berkahwin itu suatu "amalan" yang murni di mana pahala dikurniakan kepada yang melangsungkannya.Berkahwin juga merupakan sunnah bahinda Nabi S.A.W dan tuntutam syariat.



Apa pun yang dikatakan,merupakan fitrah manusia untuk berkongsi kasih dan berpasangan.Namun begitu pilihlah jalan yang diredhaiNYA agar "paling kurang" nanti generasi akan datang(anak-anak kita..insyaALLAH) tidak akan mempertikaikan tindakan kita dan jalan yang mereka pilih kelak juga jalan yang diredhaiNYA..Amin~



Akhir kata sekali lagi Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Wan Aimi Rashidah dan Muhammad Izzat..




Baarakallahu laka wa baaraka ’alaika wajama’a bainakuma fi
khair..Amin~















Ya ALLAH...
Ketemukanlah aku wanita solehah...
Utk kujadikannya isteri dan ibu kepada anak2ku...

Amin~

25 comments:

hazaryu said...

salam...i thought you already know with pali b4 ths..maybe satu tuisyen ke..tapi memang betul..most of us yang masa zaman2 sekolah ,zaman muda2 lagi kanak2 yg tak rapat mana pun..sekarang bila dah jumpa mcm adik beradik..ukhwah terjalin tidak mengira tempat dan masa...

untuk aimi dan husbandnya..selamat pengantin baru sekali lagi...

wassalam

n_n

fadhli said...

salam.ni die nye conclusion kot.bravo bro=)eh gmbar ak dgn izat ade ek?hehe.upload jap j jou ak n amik gmbar tu.hehe.Tq=)=)...kekgi ak dpt no XL baru ak royak ke mu,mudoh sket nk contact ke nape2 ke.bereh boh.

qishie said...

hehe...nanti bila ko kawen jgn lupa jemput plak..:)

3rdmarch said...

Waalaikumussalam..

baru kenal betol2..
aku nmpak dah dia dlm fs syarafina ngan amir sblm ni..
tp xpenah tegor..

kat reU hri 2 bru ta'aruf skit..
hahhaha~

selamat pengantin baru kpd pengantin baru..

bakal pengantin pe cite???
ehee~

3rdmarch said...

2 fadhli :

waalaikumussalam~

ye..nt aku upload..act ambek kat blog ni pon xpe..

nt bg no mu kat bandung..
aku slalu je g bandung malam2..
pagi2 baru blk..
ada masa bole aku melawat mu..
mu melawat aku..
bereh3..ehee~

3rdmarch said...

2 qishie :

bukan pengantin perempuan mmg wajib hadir ke?kalau x camne nak kahwin?
ehee~ ;p

AdeLaide NinaSe.. said...

owwhh,.. msti teruja kan...
nina pon ada kwn yg kwen awl..
bru lg kwen bln 6 ari tuh...

tp, tu laa, dia study lg...
msti byk cabaran nk mmbhagikn masa..

mm... sempoi kn, klau ada family yg boleh benarkan kwen awal...

p/s: my parent dh pesan awal2, "dptkn degree dulu, bru laa pkir psl kwen... jgn nk gatai!! baik along, nina, sydi..."

^^ my sibling

fadhli said...

j joy:bereh boh tapio kecik r.kalu bleh mu upload then ak deh.Tq.bereh boh,insyaAllah.ak g 10.8 ni bandung.
hazaryu:yg mane ni ek?jap2.nk usha blog awak jap.nk cam yg mane.hehe

fadhli said...

hazaryu tu hazirah shams usm ke ni??or yg mane ni?xda gmbar kat blog u

miss susi said...

assalamualaikum..
alhamdulillah,selamt di ijab qabulkan..
tahniah buat pasgn pengantin..
kalau psal kawin di usia muda nie,depends pda org jgak..
ade yg stuju ade tak..
bgi sye,if jdoh dh ade,why not right?
insyaAllah,lagi dipermudahkan Allah..

untk jijol=kawen jgn lupe jemput.. =p

3rdmarch said...

2 nina :

teruja jugak la..
rasa cam nak kawen awal gak kaalu mampu..

kawen ni..satu amalan/ibadah sbenarnya kalau kita bersungguh nak buat dgn cara y betul..
iA klu dah kawen 2..
DIA akan tolong kita dengan rahmatNYA dan nikmatNYA..
rezki akan bertambah dan sebagainya..
lagi pun banyak y positif(bg saya sendiri) kawen awl ni..

dan x salah pon nak dapatkan degree dulu..
pas dpt degree pon still muda lg rsnya utk berkahwin..
bole dikira kahwin di usia muda gak la kan?

apa pun didoakan agar y bujang2 2..iA dpt berkahwin dan perkahwinan tersebut dipenuhi dgn barakah..Amen~

3rdmarch said...

2 fadhli :

boleh besarkan la cik abg wess..
klik kat gambo 2..dia jd besor la..tp xpe la..nanti aku upload kat FB dah mu nak ngat.. ;p ;p ;p

hazaryu 2 azza norazzah la..bkn egy usm..dia blajo kat ukm..click sni tgk FB dia.. http://www.facebook.com/profile.php?id=1026398472&ref=nf

p/s : mu ni gop..x habis2 klu psal puan ni op?isk3~ ;p ;p ;p

3rdmarch said...

2 miss susi :

waalaikumussalam..

"alhamdulillah,selamt di ijab qabulkan.."

aik..bl hang nikah???
xjemput cek pun naa..
camni la saudari.. ;p

kawen di usia muda mmg ada pro n con dia..tp iA ALLAH tolong bl sesuatu perkahwinan 2 diikat lbh2 lagi y melangsungkan perkahwinan demi mendapat redhaNYA..Dlm alQuran pon ada rsnya ALLAH nyatakan akan dilimpahkan rezki bg org y berkahwin ni..tp sy kurang ilmu skit nak cakap psal ni..

iA..cukup ilmu cek post naa psal kawen muda ni..ehee~




utk miss susi = iA hang akan dijemput kalau cek xkawen lari..kui3~ ;p

miss susi said...

en jijol,kalo sye kawen,sye jemput anda jadi camera man sye...hehe..
jgn rsau..satu UNPAD sye jemput..haha..

p/s=oho..kawen lari??xyah ah lari..jlan sudeehh..uhuh..

qishie said...

hahaha..

sengal~
kawen aa tem clinical..senior indonesian aku ramai cemtu..heee

3rdmarch said...

2 miss susi :

ececece..
1 UNPAD..rmai 2..
byk duet nak wat kenduri..
wedding of d year la ni???

entah2 kawen lari gak..
xjempot sesape pon..
kui3~ ;p ;p ;p




p/s : klu kawen jalan nt org y kejar dpt tangkap..kawen naik kete la..laju skit..lelah pon x..haha.. ;p

3rdmarch said...

2 qishie :




Ooo..
nak wat cam 2 ke?
aku bole je..
nanti ko masuk minang aku ek?
ok???deal???





p/s : klu jd slalu berulang la aku bandung-surabaya nt.. ;p ;p ;p

Jackster® said...

haha slambe je knal dak2 pmpn femes je, teruk2 aku pn knal gak ar fazlina tu =D

knal aku x haha

- asyraf 5muslim 2005
- krs 2001-2005


*x knal gak kene ar ko hehe
*free2 jom ar sembang ym, id aku jacksterisme

3rdmarch said...

kenal2 gtu la..
2 pon mu y kenalkan..
hahaha~

kenal mu..
asyraf zuki..
3thn kita marching KRS bersama..
selalu report kat cikgu rmbut aku pnjang..
hahaha~

aku nak buka blog mu kene ada permission la plak..
bg la aku masuk..
dlu2 bukak xdop pon permission2 ni..

ok..no prob..nt aku add..
mu kat mesia ke mesir ni?

Anonymous said...

ok..nok nyibok gok...
kupu2 nge pali, 2 2 kt bndung..bereh r tuu..
kekg sy g bndung, ade 2 org bleh blnje...kenyang2..hahaha

n..kupu2..u eja my name saloh la!cek kt ur commnt (saje je nok wat gempaqq)

bes nye tgk weddng aimi..i'Allah..pnjg umor,nk tgk kupu2 plop..

3rdmarch said...

2 kupu2 :

jgn la pggil sy kupu2..
kupu2 is ur secret identity..
yela2..laen kali xsalah dah..
nak letak nama dlm i.c plop..
ehee~

nt kami ke jakarta kupu2 plak blanja kami smpai kenyang..2 vs 1..kui3~

xbaek lgkah bendul..memandangkan kupu2 lbh tua kupu2 la kene kawen dulu..iA..sy jd pengapit pengantin laki..bole???

p/s : jejaka2 kat jakarta rmai nsem2..kaya2..bijok2..xkan xdop sorg lekat kat kupu2 sy y comel ni..kui3~ ;p ;p ;p

Anonymous said...

hahaha...
buleh2..mari dlu r..
(ari tu kite smgt je nk blnje org tu nk mari cni, tp xjd plak..xpe2..mehnah2...)

langkah bendul? ade lg eh...xkesah langkah ke x..hahaha
ala pecoh rahsia kupu2 lg tua..
(malu...nusuk2...)

hmmm sape kate jejaka jkrta ensem?mane ade...bijok kaya ader laa...tp bkn yg tu yg d cari,tol dok..hehehe

p/s:2pupu makin rancak cite sal kawen..bgs2..preparation tu..
aw aw aw....

3rdmarch said...

nak wat gane..
kita merancang Allah menentukan..
kupu2 bz ngat ekpon..
mcam2 keje..hri 2 ms mai ngan kete2 mlm..dia ada prog plak..

malu nape gop..
zaman leni org xkesah dah umor..
umor sekadar angka..cewah..
y penting comel & akhlak baik..
(hok xcomel xnak..jht sgguh sy)..haha~

Owh..bukan bijok n kaya y dicari..
pah 2 cari hok nsem2 la ni???
kui3~ ;p

cite kawen bakar semanagat utk berjuang..poyo je..haha.. ;p
ok la..drp berpacarankan..tol x?ke gane kupu2?



p/s : nak wat gane..sblm kawen la cite pasal kawen..pas kawen cite psal fmily plop..ehee~

Farah Hana said...

salam..

abg izzat kamal n kak wan aimi senior farah kt mansoura university..
kedue2 pengantin aktif dlm persatuan..sorang penasihat sorang presiden..
aritu mase kt klantan mmg nk gi majlis diorg..tp sbb jadual program yg pack ngan xde transport so xdpt nk gi..kim salam dr jauh jek.hukhuk..

3rdmarch said...

Waalaikumussalam Farah~

Yela..korg sume sama2 blaja kat mansoura kan..
Aktif ek diaorg berdua ni..
Penasihat ngan presiden..memang padan..
klu ketua biro or AJK biasa ngan sapa ek?kui3~ ;p

Ciannya xsempat..
Nt iA..kami juga nak pergi ke kenduri kahwin bl Eksplorasi Du'at..kak cam,senior kami nak kawen..mintak2 dipermudahkan..

iA..nt farah sendri sempat kahwin..
cek doakan naa..ne la tao jodoh hang ngan org terengganau..lalala~ ;p