Tuesday, July 14, 2009

Aku Tanpa Cinta-MU...






Bismillahirrahmanirrahim..



Semalam saya ada mendengar sebuah nasyid..
Bertajuk "Aku Tanpa CintaMU" nyanyian kumpulan Mirwana menampilkan Jay Jay..
Boleh tahan la nasyid ni..
Sesuai untuk muhasabah diri bagi orang macam saya ni..
Orang yang selalu lupa diri,lagho sokmo..
Dalam nasyid ini ada satu bahagian yang berbunyi :



Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih



Bunyinya macam satu persoalan..
Adakah masih ada belas kasihan daripadaNYA..
Terutamanya setelah acap kali kita melakukan laranganNYA..



Alhamdulillah saya jumpa ayat-ayat Al-Quran ni dan sepotong hadith..
Surah Az-Zumar ayat 53 dan surah Taha ayat 82..
InsyaALLAH dapat jawab persoalan tersebut..








Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (39:53)








Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. ( 20:82)





"Dari Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah gembira menerima taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan seseorang diantara kalian ketika menemukan kembali untanya yang hilang di padang yang luas." (HR.Bukhori – Muslim)





Oleh itu,kita sebagai muslim yang imannya bagaikan ombak,kadang-kadang rendah kadang-kadang tinggi tidak sepatutnya cepat berputus asa jika melakukan apa jua kesilapan,kemungkaran atau kemaksiatan..



Bersyukurlah kerana ALLAH itu MAHA PENGAMPUN..
Ambillah kesempatan untuk sentiasa memohon maaf daripadaNYA..
Jangan sesekali berputus asa denganNYA..
Sentiasalah memohon rahmatNYA..
Kerana dengan hanya rahmatNYA seseorang dapat ke syurga..





Aku Tanpa CintaMU


Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku


Mengapa cintaMu tak pernah hadir

Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya


Telah ku mungkiri janjiku lagi

Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas

Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


Mirwana Feat Jay Jay












Sedih memikirkan setiap dosa y dilakukan..
Malu untuk menerima nikmatMU ya ALLAH..
Ampunkanlah setiap dosaku..
Sesungguhnya aku hambaMU yang lemah..
Namun begitu terimalah permohonan maaf drpku..

Amin~

5 comments:

duha said...

assalamualaikum..

thanks 4 this post.
really need it~

3rdmarch said...

waalaikumussalam~

de nada~

act,lbh kpd teguran pd dri sendri..

(n_n)v

Farah Hana said...

uuuhhh..nice post!komapta eyo..:D

p/s:ske lagu itu..aku tanpa cintaNya, xbermakna lah hidup..

miss susi said...

assalamualaikumm...
lagu ni mmg byk pengajaran..
kter tanpa cinta Allah mmg lost..
tapi Allah tetap di sna tnpa cinta kter..
byk2 doa untuk cinta Allah..

3rdmarch said...

farah hana :

terima ksh..
pujian utkNYA kerana membrikan idea n ilmu utk post ni..
semoga bermanfaat..

yep..
bkn cintamu..
bkn cinta dia..
bkn cinta mereka..
tetapi cintaNYA..




miss susi :

waalaikumussalam..
ye..ambil pengajarannya..
jgn dgr je..

TUHAN xperlukan kita..
kita y perlukan TUHAN..

iA..sama2lah berdoa..
Amin~