Sunday, July 12, 2009

saya masih makan budu,belacan dan durian...




Bismillahirrahmanirrahim...




Kali ini saya ingin mengupaskan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).Setiap pendapat,pandangan dan kata-kata saya adalah berdasarkan pengetahuan,pengalaman dan pengamatan saya sendiri setakat ini.



Pada pendapat saya,berdasarkan situasi tanah air yang tercinta PPSMI tidak wajar dimansuhkan atas beberapa faktor iaitu :

1-Bahasa Inggeris(BI) digunakan secara menyeluruh di negara ini.

2-Penggunaan BI[sama ada fasih atau tidak] diperlukan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti untuk memasuki IPTA.Malaysian University English Test(MUET) perlu diambil untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah.

3-BI digunakan ketika proses pembelajaran yang lebih tinggi iaitu di universiti atau kolej[termasuk kolej matrikulasi].

4-Kebanyakan bahan rujukan atau sumber ilmu di peringakat tertinggi adalah di dalam BI.Keadaan semakin buruk apabila di negara ini kurangnya bahan rujukan yang dialih bahasa daripada bahan rujukan BI tersebut.

5-BI digunakan untuk proses temu duga sama ada bagi mendapatkan biasiswa atau pekerjaan.



Bagi golongan yang menolak PPSMI,mereka berpendapat :

1-Malaysia perlu melindungi Bahasa Malaysia(BM) daripada pupus.

2-Kita perlu memertabatkan BM supaya sejarah lama iaitu BM pernah menjadi lingua franca ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

3-Malaysia sepatutnya mencontohi Jepun dan Perancis yang menggunakan bahasa mereka sendiri secara menyeluruh.

4-Pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman mengalami kesulitan untuk belajar subjek sains dan matematik di dalam BI.

5-Para guru sendiri mengalami kesulitan untuk mengajar subjek sains dan matematik dalam BI. Pada pendapat saya,alasan mereka yang menolak PPSMI adalah agak rapuh berbanding dengan mereka yang menyokong perlaksanaaan PPSMI berdasarkan susana di negara ini.Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang masih lagi belajar daripada peringkat bawah sehingga sekarang.



Bagi saya,apa jua pilihan yang dibuat biarlah sesuai dengan keadaan semasa dan demi kebaikan masa depan para pelajar itu sendiri.



Pejuang BM mengatakan BM akan pupus jika PPSMI dilaksanakan.Kenapa pejuang BM tidak berjuang sehingga BM digunakan sepenuhnya bukan sahaja di peringkat sekolah rendah dan menengah malah di peringkat yang lebih tinggi iaitu di universiti,kolej malah di tingkatan enam sendiri.Bukankah BM akan tetap pupus kerana para pelajar akan tetap mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam BI kelak jika mereka berfikiran sebegitu?Perkara ini berlaku disebabkan kebanyakan bahan rujukan atau sumber ilmu di peringakat tertinggi adalah di dalam BI.Keadaan semakin buruk apabila di negara ini kurangnya bahan rujukan yang dialih bahasa daripada bahan rujukan BI tersebut.Salah siapa kurangnya bahan rujukan yang diperlukan dalam BM?



Pejuang BM bercita-cita untuk memertabatkan kembali BM.Bagi saya untuk memertabatkan BM,BM itu sendiri perlu menjadi bahasa yang diguanakan untuk mencari ilmu kerana ilmu amat penting dalam kehidupan manusia.Bagi merelisasikan impian ini,bahan-bahan rujukan dan sumber ilmu perlu ada dalam BM.Penterjemahan ilmu daripada apa jua bahasa perlu dilakukan semaksimum mungkin.Sejarah telah menunjukkan bahawa martabat sesuatu bangsa bergantung kepada seberepa banyak ilmu yang boleh dipelajari daripada bahasa tersebut.Orang Greek menguasai ilmu menyebabkan bahasa Greek mempunyai nilai yang sangat tinggi beribu tahun dahulu.Bangsa Arab yang dahagakan ilmu telah menterjemahkan ilmu dalam bahasa Greek tersebut ke dalam Bahasa Arab telah menaikkan nilai Bahasa Arab ketika zaman kegemilangan Islam dan memberikan cahaya kepada bangsa Eropah yang sebelum ini suram.Kedahagaan terhadap ilmu diteruskan bangsa Eropah yang bangkit daripada zaman gelap sehingga terjadinya Renaisance seluruh Eropah.



Perancis dan Jepun dijadikan panduan.Tetapi ajarannya dipatuhi hanya separuh menyebabkan lahirnya ajaran sesat.Perancis dan Jepun menggunakan bahasa bangsa mereka 100%.Mereka menggunakan bahasa bangsa mereka di seluruh peringkat pengajian iaitu di peringkat rendah,menengah dan tinggi.Mereka juga menggunakan bahasa bangsa mereka dalam urusan pekerjaan malah dalam proses penyelidikan ilmu baru.Bagaimana pula dengan negara kta?BM hanya digunakan tidak sampai separuh.Malah hanya digunakan di peringkat rendah dan menengah sedangkan peringkat lebih tinggi yang menentukan masa depan kehidupan seseorang mewajibkan penggunaan BI.



Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian




Mana perginya aplikasi penggunaan pantun ini?Pelajar pedalaman dijadikan alasan.Saya akui memang agak susah bagi menggunakan BI dalam mempelajari subjek Sains dan Matematik pada awalnya.Saya juga merangkak-rangkak ketika belajar Biologi,Kimia dan Matematik dalam BI ketika di kolej matrikulasi.Mana boleh seorang bayi terus berlari setelah dilahirkan.Saya tidak terkejut atau "shock" dengan perubahan penggunaaan bahasa yang saya alami tetapi ianya sedikit sebanyak menyusahkan saya.Walau bagaimanapun saya tetap berhadapan dengan hakikat atau masalah ini dengan sedaya-upaya.Bagi saya pendedahan lebih awal patut diberikan.Jangan dah tua baru nak merangkak[macam saya].Jangan jadikan tinggal di pedalaman sebagai alasan kerana berapa ramai penduduk bandar yang fasih berbahasa Inggeris ketika muda.Mereka yang di bandar baru nak merangkak juga kerana masing-masing sedang ingin[walaupun secara paksa] menggunakan BI di usia muda lagi jika PPSMI tidak dimansuhkan kelak.Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.



Tenaga pengajar turut mengalami kesulitan untuk mengajar tidak kiralah yang baru mahu pun yang lama.Saya akui masalah ini berlaku ketika perlaksanaan PPSMI.Namun begitu ianya tidak seharusnya menjadi masalah besar memandangkan para guru diberi banyak kemudahan dan turut dihantar untuk menghadiri kursus isentif BI.Para guru sepatutnya berusaha lebih gigih bagi melaksanakan tanggung jawab mereka.Setiap profesion mempunyai kesukaran dan kelebihan tersendiri.Haapilah kesukaran profesion anda memandangkan anda telah memilih jalan untuk menjadi sebagai guru.Saya tidak berniat untuk melukakan hati atau mempertikai jasa para guru kerana siapalah saya tanpa ilmu dan didikan para guru semua.



Apa jua pendapat yang saya berikan di sini keputusan telah dibuat oleh mereka yang lebih berkuasa.PPSMI tetap akan dimansuhkan bermula pada tahun 2012.



Bayangkan mereka yang berada di tingkatan 1 sekarang akan kembali belajar subjek Sains dan Matematik kembali dalam BM ketika mereka di tingkatan 4 nanti.Bersusah payah mereka menyesuaikan diri tiba-tiba terpakasa balajar kedua-dua subjek tersebut dalam BM dan dua tahun kemudian bertukar kembali ke dalam BI.Paling kurang pun biarlah angkatan mereka menghabiskan pelajaran sekolah menengah mereka dalam sistem PPSMI.




Tidak ada yang sempurna melainkan Yang Maha Pencipta.PPSMI sendiri mempunyai sedikit kelemahan.Sedikit perubahan perlu diambil bagi menjadikan perlaksanaan PPSMI membuahkan hasil yang lebih bagus.Cadangan saudara Hanep boleh dipertimbangkan bagi memperbaiki sistem tersebut.



Saya bukanlah anti BM.Tujuan "post" ini bukanlah untuk memperlekehkan BM.Saya masih makan budu,belacan dan durian.Saya masih lagi memakai baju Melayu setiap kali menyambut Aidilfitri dan Aidiladha.Saya tetap anak Malaysia.Namun realitinya situasi di negara ini sendiri yang memberikan kelebihan kepada BI buat masa sekarang.Bagi saya,tidak ada salahnya menggunakan BM dalam mempelajari Sains dan Matematik.Namun begitu,situasi negara ini perlu diubah terlebih dahulu agar negara ini sendiri lebih mesra BM dan perlaksanaannya mestilah menyeluruh dalam kehidupan.





Pendokong PPSMI = Aku?








#Seronok baca diskusi yang dilakukan dalam group ini di Facebook..

















Cakap pasal bahasa..
Jangan lupa Bahasa Arab..
Bahasa sagala bahasa..

Cam nyesal tinggalkan BA dulu..
Berazam untuk menguasai BA suatu hari nanti..
iA..akan kubuktikan..

6-9 August : Program Bakti Siswa 2009..
14-16August : Eksplorasi Du'at..
Alhamdulillah dua2 prog ni xbertembung..

7 comments:

Al-Tuah Al-Shahab said...

salam,
rasa mcm 1st time or 2nd time je aq comment kat sini..
bukan setakat MUET, kami FK08 wajib lulus TOEFL baru boleh naik tahun, ape cer?
Yang paling Tuah suka part interview setiap kali mesti in english,
interview kerja ke, scholarship ke, even nak loan bank...haish!
bukan tak suka BM jadi lingua franca macam zaman Tuah muda2 dulu, tapi di zaman globalisasi dan tahap penguasaan ilmu oleh 'penguasa' Melayu yang sangat kurang maka kita perlu study science in english right?
adik Tuah yg darjah 5 lepas dgr pemansuhan tu pun marah sebab dia kata best belajar sains dan matematik dalam english,
ikut kajian depa yg dah buat kajian tu kata budah kat rural area banyak tertinggal sebab PPSMI,
pada Tuah bkn salah PPSMI sepenuhnya atau separuhnya atau sepertiga mahupun seperempat dan seperlima, tapi cuma sepersepuluh sahaja,
kenapa tak kata masalah kekurangan kemudahan pembelajaran yg sama taraf dgn urban area yg jadi punca ketinggalan, kenapa PPSMI yg dimangsakan?
lagipun yg ketinggalan tu kat rural area je pun, yg urban ok je, takde masalah nak teruskan pun,
kalau nak seribu daya taknak seribu dalih, man jada wajada bak kata pak arab, wakaka
Tuah rasa kerajaan terdesak dgn desakan mereka yg dikatakan pejuang bangsa dan pembela rakyat rural atau cuma nak menang PRK MAnek Urai,
wallahualam

p/s: ambik ko panjang semacam!

miss susi said...

salam..yea!komentar pertama..haha..
hmm..isu nie hangat diperkatakan..
meme ade hok skong n ade hok xsokong..
kalo kawe sndri,truskan je la penggunaan BI berdasarkan sbab2 yg penulis sndri dh tulis..meme payoh la bdok2 luar banda nok blaja,tapi susoh2 dlu,sene kemudiae..kalo tak blaja BI dri lo nie,nanti besa lagi payoh..lagipn,bku2 rujukan skrg byk in English..nk martabatkan bahasa Melayu,bukn melalui pelajarn je..cara hidup,budaya,adat istiadat Melayu smua masih mampu mengekalkan Melayu tu sndri..ehhee..skdar sharing pandngn..

p/s=sye pn msih make budu,belacn dn durian...sedp wo..hehe

3rdmarch said...

Salam~

terima kasih dengan komentar masing2..

biasa la semua perkara ada pro n con..

Seprti sy nyatakan sblm ini..

"Bagi saya,apa jua pilihan yang dibuat biarlah sesuai dengan keadaan semasa dan demi kebaikan masa depan para pelajar itu sendiri."

sy xkesah apa jua bahasa digunakan tetapi fikir2kanlah..

lihat2lah keadaan di negara kita sendiri..

y perlu diubah terlebih dahulu ialah suasana dan situasi negara kita terlebih dahulu..

kemudian barulah kita tentukan sistem pembelajaran agar selari dgn situasi,suasana dan keadaan di negara kita.

cuba kita lihat sekarang,penggunaan BI adlah paling menyeluruh di msia buat masa ini.Semuanya memerlukan BI.

Pejuang BM tidak sepatutnya buat kerja separuh jln.Berjuanglah sehingga BI dimangsuhkan di seluruh msia.Bukan setakat PPSMI sahaja.Terjemahkanlah semua ilmu y ada dlm bahasa asing ke dlm BM dahulu.Jgn mendabik dada kerana BM hanya digunakan di pasar sahaja.

p/s :

saya masih lg suka menggunakan BM.Bunga bahasanya lebih sedap.

Tetapi enflish tetap mahu dikuasai.

iA..nanti BA pula menanti..

piNkbabybeAr said...

Assalamualaikum.
dropping by to say i'm reading ur blog.
nice post.
i'm a malay but i've fallen in love with english until my malay language has worsened, so DON'T be like me.
i'm a bit lazy to read this long post but sure i get the point.
i'm relieved that i'm not the only one who wants english 2 b continued but not 2 the extent that might make us forget our mother tongue.
for me,i myself feel awkward for not being able 2 master malay language.
my english is not so very good at all though.
english shouldn't b 'banned' but it shudn't b 'overused' as well.
once we master english,we can 'fight' with musuh2 islam who most of them r from english-based-countries.
those points of views of mine hopefully are not subjected to any hurtful remarks or something.
thank you!
=)
wassalam.

una husna said...

assalamualaikum

nice entry..
saya suka bahasa melayu.. dalam masa yang sama suka juga bahasa inggeris.. untuk kita2 yang dah besar dan boleh berfikir secara matang ni boleh dikira tak terlalu beban.. yang kesian kat adik2 kita yang baru nak mener0ka dunia pendidikan.. mula2 waktu penukaran bahasa melayu ke bahasa inggeris dalam math n science, semua dok pakat2 takut.. then bila diorang dah selesa dengan situasi tu, nak tukar ke bahasa melayu pulak dah.. tak ke bercelaru kepala otak.. same la macam kes anak kacukan yang baru nak belaja bercakap, ayah cakap omputeh emak cakap melayu, sang anak ter'confuse, akhirnya berlaku perhambatan pemikiran kat situ, hasilnya memang akan dapat dua2.. tapi lambat dan tak efisien..
setuju dengan encek tuah, yang tak boleh handle PPSMI tu kebanyakannya yang dekat rural area.. yang mana tak banyak mana pun pelajarnya, kenapa tak sebilangan kecil ni diberi kan latihan yang lebih insentif, diberi penekanan,diberi perhatian, biar dapat sama2 seiring dengan anak2 di kawasan bandar, tapi sekarang semacam nak ambil jalan mudah saja.. kalau ada 2 batang pokok, ta semestinya keperluannya sama, yang satunya mungkin boleh hidup tanpa penjagaan yang rapi tapi dah buahkan hasil, tapi mungkin yang satu lagi perlukan air, baja dan cahaya yang cukup barulah boleh buahkan hasil..

urm~ makin tak faham la sistem malaysia sekarang

p/s : syiok la kamu dah balik boleh makan budu, belacan n durian.. huhuhu~

checoredogpeesung said...

ntah la..masing2 ada pandgn

stiap perkara di dunia ini mmg sudah ALLAH jadikan stiap yg baik ada kelemahannya
tidak ada yg sempurna melainkan DIA
spt perintah larangn minum arak dlm quran
arak pada dasarnya ada kebaikan
namun oleh kerana keburukan nya lebih bnyk,maka ianya diharamkan

namun dlm isu ini,apa yg mbuatkan sy x kesal adlah kenapa rakyat iaitu kita yg jadik mangsa

sungguh pening
dah berapa bnyk kali dah pertukaran ini berlaku
sekejap bi skejap bm
macam bahan eksperimen

seolah2 kita x pernah belajar dari kesilapan..x penah ambik pengajaran

spatut nya b4 ambik keputusan tau apa2 dasar
dikaji betul2,oleh org2 yg tidak ada kepentingan ,disurvey trlebih dahulu
supaya pembaziran tidak berlaku

kalo ad yg pertahankan bm sbb bangsa
ini pun masalah gak
xyah main bangsa2
yg penting ISLAM yg lebih utama

p/s-pada masa islam naik nanti..agak2 nya apalah bahasa dunia ketika itu??

3rdmarch said...

piNkbabybeAr wa Una wa Cekodok Pisang..

"Bagi saya,apa jua pilihan yang dibuat biarlah sesuai dengan keadaan semasa dan demi kebaikan masa depan para pelajar itu sendiri."

saya nak bagi analogi yang sgt mudah(xtao la bg org lain camne..)

orang bermain bola sepak di padang bola sepak..

orang bermain basketball di court basketball..

orang berenang di kolam renang..

setiap permainan/sukan ada tempat mainnya tersendiri..

ada platformnya sendiri..

bagi saya..xkisah la bahasa apa pun y hendak digunakan..

tp biar sesuai dgn platformnya..

platform kita sekarang di Malaysia..di mana banyak perkara di sini mewajibkan BI..

jd yang terbaik ialah mendidik anak2 menguasai BI drp kecil..
agar dewasa kelak mereka sudah berlari sesaui dgn umurnya..bukan merangkak mcam bayi..

saya tidak membantah PPSMI dimansuhkan..tetapi dengan syarat,platformnya telah ada..
telah kukuh..biar anak2 xjatuh ketika berlari..tersepak batu ke..masok longkang ke..biar menyeluruh..dri darjah 1 hingga ke Uni..sampai nak intrvw apa2 pon(krja ke scholar ke masuk U ke) guna BM..buku rujukan bkn setakat peringkat rendah je dlm BM..malah di peringkat tertinggi pon ada dlm BM..contohnya buku2 rujukan dlm bidang perubatan sendiri biar ada..

nak contohi bangsa asing..biar menyeluruh(yang baik dan berfaedah je la..)

berkaitan dengan dengan 1 umat..
ya..bahasa Arab jgn dilupakan..
tetapi setakat ini mungkin susah BA utk dijadikan bahasa sains dan math di msia memandangkan msia sendri bukan negara Islam..majoriti penduduknya shja y Islam..

tetapi iA..ketika kebangkitan Islam..tak mustahil BA menggantikan BI sebagai bahasa dunia..namun begitu,x salahkan belajar banyak bahasa..y untung siapa?yang belajar tu jugak kan?



p/s :

1-sorry panjang plak..xsedor diri bl menaip.. ;p

2-x rugi belajar lebih drp 1 bahasa..

3-memang syok pon mkn sume 2.. ;p

3-ni cekodok pisang y mn 1 ni?
klu xsilap cekodok pisang de byk..