Thursday, July 2, 2009

a journey two reunions...




Bismillahirrahmanirrahim...




Adakah boleh kita mengaku kita dikalangan orang yang beriman sedangkan kita belum diuji?Tepuk dada tanya iman itu sendiri.Sebenarnya banyak benda yang dihadapi sebelum balik Malaysia.Bermula daripada uruskan ERP,beli barang yang disuruh beli oleh Ma,packing barang,uruskan lori,pindah barang masuk rumah baru,hantar kawan balik ikut Jakarta dan banyak lagi.Perasaan nak balik Malaysia di"catalyse"kan dengan dua reunion yang akan diadakan pada hari kepulangan saya ke tanah air dan keesokannya.



25th June

Saya dikejutkan dengan panggilan Padma,konsultan yang menguruskan ERP yang diperlukan untuk pulang ke tanah air.Katanya ERP tidak sempat disiapkan mengikut jadual yang dirancangkan.Saya sepatutnya menerima ERP pada petang itu juga dan kemudian terus ke Jakarta pada malam itu untuk menaiki penerbangan pulang pada keesokannya pada pukul 6.30pagi bersama seorang lagi kawan saya yang turut menempah tiket dari sana. Macam nak pecah jantung dengar apa yang diberitahu.Nak tak nak kene tempah tiket baru.Bukan satu malah dua.Satu lagi tiket transit Kuala Lumpur ke Terengganu.Walau bagaimanapun hati ini tetap tabah.Ada hikmah disebalik kejadian ni.Kepada yang Maha Mengetahui hati memohon doa diselesaikan masalah ini.Alhamdulillahalan penyelesaiannya datang.Padma dengan rela hati mebayar ganti rugi dengan menggantikan kedua-dua tiket tersebut.Fuuuh..kalau kena beli sendiri mengamuk la Ma dan Abah.Tiket sebelum ini melalui Jakarta digantikan dengan tiket dari Bandung.ERP dijangkakan siap tengah hari dan aku akan bertolak petang.Hati yang lega dibawa ke panggung wayang untuk menonton filem Transformers bersama sahabat-sahabat.Tetapi ada satu masalah lagi.Kawan aku yang sepatutnya balik bersama terpaksa balik seorang diri.Itu bukan masalah.Masalahnya dia perlu ke Jakarta.



26th June

Kereta Avanza disewa.Sahabatku Arif memandu laju ke Jakarta.Saya yang mengantuk sangat setelah menonton filem Transformers hanya tidur di belakang.Terima kasih Arif kerana memandu.Dipendekkan cerita selamat juga kami sampai.Setelah solat Subuh kami pulang ke Jatinangor semula(actually ada kisah menarik yang berlaku ketika balik tapi terlalu panjang.Lain kali la cerita..). Masih ada lagi barang yang tertinggal.Lupa nak hantar ke rumah baru.Barang-barang tersebut dihantar ke rumah senior.Menumpang di rumahnya.Setelah selesai solat Jumaat teksi ditempah.Alhamdulillah sampai juga walaupun terlambat.Selamat tinggal diucapkan kepada Cikuda diiringi dengan doa.Nanti insyaALLAH kita jumpa lagi.Setelah sampai di bandara(baca airport) Bandung,saya terus check in. Alhamdulillah.Sebelum Magrib saya selamat sampai di LCCT Kuala Lumpur.Oleh kerana sebab-sebab tertentu saya terlambat check in untuk transit ke Kuala Terengganu.Cuak,berdebar,takut dan perasaan kacau bilau semua ada.Hati sayu berdoa lagi.Memohon bantuan,pertolongan dan keampunan jika punya silap.Alhamdulillah.Ddibenarkan masuk juga. Tepat pukul 9.15 malam saya mendarat di bumi Darul Iman tercinta.Hati mamanjatkan kesyukuran.Akhirnya dengan apa yang dilalui akhirnya selamat juga.


Reunion SHAMS...

Dari airport saya terus ke restoran Paradise Deluxe.Walaaupun agak lewat saya tetap mahu ke sana.Biarlah tak sempat makan asalkan sempat bertemu muka dengan kawan-kawan lama.Bukan mudah untuk berkumpul ramai-ramai sbegini.26 Jun dipilih sebagai tarikh pulang semata-mata untuk perjumpaan ini.Ramai kawan yang sudah lama tidak berjumpa hadir.Terima kasih kepada penganjur,Amir yang menganjurkan reunion ini.



pria terhebat SHAMS...




Kami sudah besar dan berubah...

Inilah yang boleh saya simpulkan mengenai kami.Macam-macam ragam dan cara.Saya sendiri pun apa kurangnya,rambut panjang.Hampir ramai yang tidak mengenali diri ini.Kebanyakan topik perbualan kawan-kawan lelaki adalah pasal pelajar perempuan di meja sebelah.Kalau dulu agak malu-malu untuk bercakap pasal kaum Hawa(betul ke?),tetapi sekarang dibincangkan secara terbuka.Macam-macam cerita keluar.Bertunanglah,dah berpunya,belum berpunya,inilah,itulah.Tidak dinafikan perempuan hasil graduasi SHAMS kebanyakannya mempunyai daya tarikan tersendiri.Saya pun ada juga tertarik dengan seorang dua(siapakah mereka?).Apa yang dapat saya lihat ada yang masih kuat pegangannya dan tidak dinafikan juga ada yang berubah luar dalamnya.Apa pun tahniah kepada yang mampu mengekalkan identiti SHAMS.Tabik spring untuk anda.Sejuk mata memandang.Ada jodoh kita kahwin ye... o_0



"Awek2" SHAMS...




Makanan tak cukup...


Setelah selesai sesi fotografi kami semua bersurai.Ada sekelompok yang tidak sempat menjamah makanan mengajak kami pergi ke Tropic Bistro di pantai Batu Burok.Topik kaum Hawa yang tidak sempat habis disambung lagi.Ada yang nak lamar nak buat jadi isteri,ada yang beruntung sebab balajar di UIA(dapat elaun kalau kahwin) ada yang nak dapatkan 1st degree untuk dapatkan habuan daripada Yayasan Terengganu(duit untuk kahwin) dan banyak lagi.Alhamdulillah dah ramai yang fikir pasal kahwin.Kebanyakannya dah membesar ke peringkat yang seterusnya.Bincang punya bincang,cop awek(baca perempuan) tu cop awek ni tetapi makanan masih lagi tak sampai-sampai.Kerana bosan menunggu kami pun pulang.Kasihan yang tak dapat makan lagi.Ntah pukul berapa pagi baru sampai rumah.Terima kasih kepada Faidhi kerana sudi hantar sahabatmu ini pulang.



Lepak+Minum+Bincang pasal masa depan+Cop awek =p




27th June

Tidak cukup tidur.Namun saya gagahkan juga diri bangun awal.Nak tumpang Abah ke Kuantan.Saya perlu ke sana untuk menghadiri reunion sekolah saya yang satu lagi.Letih badan naik penerbangan dari Bandung tidak hilang lagi campur tidak cukup tidur.Dengan keringat yang ada saya menuju ke SBPIK.


Reunion SBPIK...

Saya difahamkan perjumpaan ini bukan sekadar reunion bahkan suatu program pendedahan yang diadakan untuk junior kami dahulunya form 1 yang kini sudah form 5.Program tersebut untuk mendedahkan mereka sedikit-sebanyak idea dan ilmu kepada mereka agar dapat mereka gunakan setelah selesai SPM hingga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya.Di sana kebanyakan kawan-kawan yang hadir adalah daripada Kelantan.Ada segelintir anak Pahang dan saya adalah satu-satunya wakil daripada Terengganu.Ntah mana perginya anak Terengganu lain. Kebanyakan pelajar kelihatan bersemanagt menghadiri program tersebut.Saya seperti biasa melakukan kerja saya,mengambil gambar cuba menolak untuk dijadikan fasilitator tetapi tetap dipaksa oleh tuan pengarah program,Famy.Apa pun,Alhamdulillah program berjalan lancar.



Para "fasilitator" yang hadir...




Kecenderungan...


Kebanyakan rakan yang hadir merupakan pelajar perubatan.Dua farmasi,satu biotek,satu IT dan selebihnya engineering.Kami datang daripada pelbagai pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.Di dalam satu sesi,kami dikehendaki berkumpul mengikut course masing-masing.Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke course kami akan datang untuk mendapatkan maklumat dan info yang dikehendaki. Dapat dilihat kebanyakannya pergi berjumpa dengan kawan-kawan yang sedang belajar di dalam bidang perubatan dan kebanyakannya pelajar perempuan.Alhamdulillah,saya dan rakan saya Hafiz Yunus juga mendapat kehadiran pelajar yang menggalakkan.Tetapi apa yang saya perasan ketika itu tiada pelajar lelaki.Kami mewakili pelajar Farmasi melayan setiap soalan dan pertanyaan yang dilontarkan.Hafiz yang banyak bercakap ketika itu.Saya hanya menambah sedikit sebanyak sahaja apa yang mungkin dia tertinggal.Kawan-kawan daripada course lain juga mendapat sambutan cuma saya mendapat rungutan daripada kawan yang berjurusan IT dan biotek.Katanya agak susah untuk menerangkan apabila ditanya tentang prospek kerjaya.Apa pun pilihan kita tetapkanlah pendirian kita.InsyaALLAH kita akan berjaya.


“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi”

[Abu Tayyib al-Mutanabbi]



Sempat berjumpa dengan ayahanda Asmui...




H1N1?


Akibat keletihan kerana kurang rehat badan saya berasa lemah seakan-akan demam.Kesannya saya turut kehilangan selera makan.Pada malamnya pengisian di masjid yang sepatutnya diisi oleh seorang ustaz diambil alih oleh kami.Saya yang berasa kurang sihat hanya menundukkan kepala bertungkatkan tangan(ada sesiapa faham bagaimana kedudukan saya?).Tidak larat untuk mendengar pengisian yang diberikan ketua pelajar pertama sekolah ini,Faridzul.Akhirnya saya tertidur.Selesai program,kawan-kawan mengajak saya untuk bermain bowling.Saya menolak dan memberitahu alasan saya.Mereka yang tahu bahawa saya baru pulang dari Indonesia membuat pelbagai andaian yang turut difikirkan oleh saya iaitu adakah saya dijangkiti H1N1?Andaian ini tidak mustahil kerana kebanyakan kes swine flu yang dikesan di Malaysia pernah berada di LCCT yang turut saya lalui sebelum ke Terengganu.Saya mohon untuk pulang dahulu.







Ini merupakan sekadar catatan peribadi untuk dikenang di hari tua nanti~ (n_n)v







Oh..aku kena tag...
Terima kasih kepada yang meng"tag".
Join je tapi dengan menurut kebijaksanaan Aji saya turut menggubal peraturannya..




1. Copy gambar amal islam dibawah. copy satu post ni pun tak pe. mudah dan menjimatkan mase. harapnye gitu..itu sahaja..





















Happy Birthday 2 Adli & Imran..
Semoga sentiasa diberkati..
Bahagia dunia akhirat...
Murah rezki...

Gane Deli?
Cukop pnjang x post ni?
Ehee~

8 comments:

Anonymous said...

bes bc kisah journey ni..bc pung mcm penat, ape toh lg org yg lalui nye...
xpelaa..yg pnting ad dumoh doh...
kite kt cni la plok kne ambk 1 modul lg,+ 2 exam, then br blk..huhuhu
btw, bes nye dpt g reunion, huhuhu
(sy jeles!)
n btw lg,kem slm laa kalu jupe set2 shams...
~kupu2~

3rdmarch said...

kupu2ku y cantek lg comel.. ;p

Alhamdulillah..dgn izinNYA..
semuanya dihadapi degn baik..

gud luck le dgn modul+2exams..
didoakan selamat blk nt..

reunion..boleh la..
tp xbanyak aktiviti..
sekadar berborak je..
klu buat kat shams lg meriah kot..

jupe set2 shams?
most of them da nak masok U belake..camne nak jupe?
aish~
tp xpe la..
klu jumpe gak iA slm anda akan dikirimkan..

Dr.Illy said...

waaa....cian ke mg jijol weh..
tp besh la dpt gak g reunion dr hawa ni haa..(cedeyh2...)

dok mesia tuh molek2...
kelik cni jgn lupo bw kepok lekor deh?hahahaha

3rdmarch said...

ye..cik hawa~

tumpang sedyh sbb hawa x boleh pergi ke reunion(pd hal x dijempot sama skli ke reunion..) ;p ;p ;p

Malaysia sentiasa molek dgn adanya sy di sni..so,dont worry..

hawa..cukup la pempek kat botram..
kepok lekor exclusive di ganu shja..
ehee~

Dr.Illy said...

ceit!excuse me ,hawa dijempot k...well,org glamour kan...hahaha

owh,sudah masuk bakul golek2 sendiri nmpknye mg ni jijol..hadoih~
kasihan malaysia ader rakyat seghupe mg..hahahaha

alaaaa...mane same pempek ngn kepok..nk jugak!x kire!x kire!

3rdmarch said...

eleh..
diaorg saje wat reunion ms hawa xle mai..
sbb xnak hawa mai..
hahaha~ <--- evil laugh

jeles lak dia msia ada rakyat y bagus cam aku.. ;p ;p ;p

mana same pempek ngan kepok..
ibarat xsamanya jijol ngan org lain..kan3?

mai la sini klu nak mkn kepok gok..

miss susi said...

salam..weh,bestnye dapak g reunion..
su pun terlepas my reunion..ahh..sedih sungguh..nway,dh blik msia tu,pandai2 jga dri..hehe..

p/s=jmpe mse summer camp IMAN..hee

3rdmarch said...

waalaikumussalam...

ni sorg lg..
ambe tumpang sedeyh gak la..
iA..len kli bole la pg kot..

jg dri bkn kat msia je..
kat mana2 pon jg dri kot..
ehee~

cik susi juge..
jg dri elok2..

p/s :
iA..klu pjg umor dan ada jodoh kite jumpa..Amin~