Saturday, June 20, 2009

Terima Kasih Ustazah...




Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah..exam dah habis..
So,sekarang tunggu masa nak balik je..
Tapi sebelum tu kena selesaikan banyak benda dulu..
Kemas barang,angkut barang masuk rumah baru,cari tempat simpan moto..
Pas tu kene beli barang yang orang kirimkan untuk bawak balik Malaysia..
Kene buat semua ni sebelum 25 Jun ni..26 dah nak bertolak ke Malaysia..
InsyaAllah malam tu terus ke reunion SHAMS pas tu esoknya pergi reunion SBPIK plak..
Alhamdulillah boleh jugak jumpa kawan-kawan lama..

Sebelum ini,beberapa bulan yang lalu saya pernah "post"kan "Kaifahaluki Ustazah?"
Masih lagi ingat dalam ingatan setiap teguran beliau terhadap anak-anak muridnya yang dianggap sebagai anak beliau sendiri ketika bertemu dengan beliau..
Sedikit sebanyak terkena jugak tempiasnya..
Kali ini insyaAllah ada buah tangan untukmu yang sedikit sebanyak telah membentuk insan ini menjadi Muhammad 'Azizul 'Azim sekarang..
Jika kita tidak bertemu mungkin lain jadinya Muhammad 'Azizul 'Azim sekarang ini..
Terima kasih ustazah..
Ustazah bukan sekadar mengajar Muhammad 'Azizul 'Azim Bahasa Arab malah mengajarnya bagaimana untuk berhadapan dengan kehidupan dengan cara yang betul kelak..
Terima kasih ustazah..
Terima kasih yang tak terhingga untukmu..
Ustazah Rokiah Hassan..
Ustazah yang paling berbekas di hatiku..




Ustazah Rokiah dah masuk paper~




















Ustazah Rokiah Hassan..
Antara wanita yang sgt sy hormati..
Antara sbb sy hormati wanita..

No comments: