Tuesday, June 9, 2009

Adik-Beradik...



Bismillahirrahmanirrahim...



Tangan ni tidak boleh tahan lagi.Rasa nak menaip juga.Ketagih menaipkah aku?Atau perasaan ini tidak boleh tahan lagi untuk disimpan?Perlu diluahkan juga di sini?Saya sendiri pun tidak tahu apakah perasaan ini sebenarnya sampaikan hendak menjawab exam pun tidak senang hati dibuatnya.Ya ALLAH..alangkah bagusnya jika aku punya perasaan sebegini denganMU.Aku malu denganMU sebagai PENCIPTAku ini.Ampunkanlah aku jika ianya suatu dosa.

Kata-kata Pegawai Atase Agama Kedubes hampir dua minggu lalu masih lagi bermain-main di kepala.

"Saya suka tengok kamu semua di sini,macam student Malaysia di Jepun.Rapat tapi macam adik-beradik.Tidak seperti di UK,pantang jumpa je kenyit mata"

Lebih kurang begitulah bunyinya.Beliau merupakan pegawai yang baru dilantik menggantikan yang lama.Datang ke UNPAD untuk berjumpa dan berkenalan dengan wakil pelajar Malaysia di sini.Ustaz Abdul Aziz kalau tidak silap.Maaf kerana saya ingat-ingat lupa nama beliau.Dah tanya dengan Gapo Jumaat lalu tetapi otak lemah ini lupa lagi.IMAN mewakili pelajar Malaysia di UNPAD bertemu dengan beliau di majlis berbuka puasa dan beramah mesra tersebut.

Saya tertarik dengan kata-kata beliau "macam adik-beradik".Bukan sahaja tertarik malah suka.Kata-kata itu mungkin ditujukan kepada kami,ahli IMAN yang berada di situ.Ya,kami bagaikan adik-beradik.Paling kurang itulah tanggapan atau pemikiran saya,walaupun mungkin hanya saya seorang selama ini ketika bersama IMAN.Yang lebuh tua dihormati yang lebih muda dihargai.Sebarang masalah diselesaikan bersama.Saling menjaga antara satu sama lain.Yang salah ditegur.Yang baik diterapkan.Ilmu dikongsi.Cerita dikisahkan.Konsep "sharing is caring" di"apply" dengan cukup baik dan murni tanpa mengambil kesempatan di antara satu sama lain.Saya tidak pernah berasa seakrab sebegini di sini selain bersama IMAN.Kamulah adik-beradikku.Terima kasih~

Kenapa saya luahkan dan katakan di sini?

Saya mungkin sudah jemu dengan hubungan di mana manusia saling mengambil kesempatan antara satu sama lain terutamanya hubungan lelaki dengan perempuan.Mungkin apa yang saya alami ketika di sini sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan saya bukan hanya terhadap kaum saya sahaja malah terhadap kaum perempuan.Jika sebelum ini saya sangat menghormati kaum hawa,sekarang kepercayaan saya sedikit terguris.Jika sebelum ini dengar-dengar sahaja tetapi kini saya hadapi.Jika sebelum ini di seberang sana,kini sudah diseberang sini.Semakin lama melayari bahtera kehidupan semakin banyak cabaran dan ujian sehingga bercambahlah berbagai pengalaman yang tidak semuanya manis.Walaubagaimana pun saya masih percayakan kedua-duanya.Masih ada yang bertemu dan berpisah kerana SANG PENCIPTA.

Wahai PENCIPTA..kuatkanlah ciptaanMU ini.Tidak KAU ciptakan kasih sayang melainkan supaya kami menyayangiMU.Maafkanlah kami jika kami menyayangi ciptaanMU lebih daripadaMU.Kuatkanlah ukhwah kami..biarkanlah kami menyayangi sesama kami keranaMU seperti adik-beradik.

Imbas kembali...

Saya memang sudah lama merancangkan untuk aktif dalam sebarang aktiviti mahasiswa kerana sebelum ini di kolej matrikulasi saya agak pasif.Hidup ini tidak mencabar jika penuh dengan kekosongan.Tetapi saya tidak merancang untuk terlibat sama dengan IMAN.Bagi saya IMAN cukup bagus dan baik walaupun tidak sempurna untuk saya sertai.Siapalah saya?Sehinggakan suatu hari ketika cuti ada yang menegur dan menjemput untuk menyertai IMAN.Rasa berat untuk menerima jemputan tersebut.Pendapat ibunda ditanya.Diizinkan ibunda asalkan tidak mengganggu pelajaran.Tetapi saya masih berasa segan.Segan dengan ahli-ahlinya yang hebat-hebat belaka.Jujur saya katakan saya cukup teramat sangat segan.

Tiada manusia yang sempurna.Tiada yang terelak daripada melakukan dosa.Peluang bukan datang selalu.Inilah peluang untuk saya pelajari daripada mereka.Inilah peluang untuk saya berhijrah ke dunia yang lebih mencabar,dunia dewasa.Inilah peluang untuk saya melakukan sesuatu yang bermakna di jalanNYA.

Kini...

Saya bersyukur menerima jemputan tersebut.Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada yang menjemput saya kerana memberikan kepercyaan kepada saya untuk bersama-sama.Walaupun banyak kesilapan dilakukan ketika bersama saya tetap mahu bersama kamu semua,adik-beradikku.






Adik-beradik lelaki bersama atase agama dan isteri...





Turn adik-beradik pompuan plak amek gambar...













Maafkan diri ini jika punya salah dan silap..
Saya sayang semua adik-beradik saya..
Ukhwah fillah abadan abada~

All d best in this exam..
Amen~

8 comments:

Al-Tuah Al-Shahab said...

salam,

yg ni:

"Jika sebelum ini saya sangat menghormati kaum hawa,sekarang kepercayaan saya sedikit tergoris"

berlaku dlm IMAN gak ke or dlm frmc je?

saja curious, sbb tekena gak, sbb tesalah anggap jugak

future phenomenon said...

salam...tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke www.nusanaga.blogspot.com

selain tu boleh eratkan tali persaudaraan...nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu...

wassalam

Dr.Illy said...

hawa nk jd adik-beradik jugak.......huhu(^_^)v

3rdmarch said...

Salam~

tuah~

berlaku di mana2 je la encik tuah oooi..

fk,fkg,farmasi..sume ade..
masalah manusia sejagat..





future phenomenon~

iA..nt den ke sane..





hawa~

kite semua bersaudara... (n_n)v

huda said...

indahnya pabila manusia bersaudara kerana Allah
jauh dari fitnah, mlh trase manisnya ukhuwwah
moga Allah rahmati kamu semua :)

3rdmarch said...

huda~

sgt indah jika cinta ukhwah itu di jln y betol..
kerana cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan..
moga ALLAH rahmati kita semua..
Amen~

Anonymous said...

susah sekarang nak cari sahabat yang betol2 ikhlas dalam persahabatan..

rndu sangat zaman dulu, seorang sahabat sanggup bersusah payah,berkorban, untuk sahabat len..
prinsip mereka, sahabat first, diri sendiri second.. TAPI..

masih wujudkah sekarang sahabat cam2? huhu
cdih btol...

3rdmarch said...

anonymous~

jgn putus harapan..

of course la masih ada..

cuma anda msih belum berjumpa dgnnya..

perlu cari kot..

ehee~

semoga nt ketemu sahabatnya..

(n_n)v