Friday, May 22, 2009

Will U Marry Me???




Bismillahirrahamanirrahim...



Orang selalu berkata lelaki ni kalau cakap pasal kahwin mesti cepat je.Terus je dari pasif jadi aktif.Betul ke?Apa-apa pun sebelum kahwin mesti nak masuk meminang dulu kan walau pun setahu saya pertunangan itu sendiri tidak wajib.Memandangkan saya sendiri kurang ilmu untuk bercakap pasal topik ni,saya copy paste artikel daripada blog Mutiara Hati di blog ini.Semoga yang membaca mendapat ilmu dan manfaat daripadanya.Selamat membaca~


BERTUNANG BUKAN ALASAN PERGAULAN BEBAS



MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Permintaan itu disampaikan terus kepada tuan badan atau melalui walinya. Dalam masyarakat Melayu, proses meminang diadakan secara beradat yang membabitkan merisik atau bertanya khabar, sebelum majlis meminang.
Merisik sebelum meminang adalah tuntutan agama. Cara mana merisik diadakan tidak ditetapkan. Tidak semestinya diadakan acara rasmi seperti biasa diadakan. Apa yang dikehendaki ialah maklumat mengenai perempuan yang bakal dipinang. Ia dilakukan supaya tidak menyalahi tuntutan syariat dan memudahkan tercapai tujuannya.



MAKLUMAT YANG PERLU DIKETAHUI KETIKA MERISIK:




• Pertamanya, perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain. Sememangnya tidak ada pihak keluarga yang bertindak pergi meminang isteri orang.
Lainlah, jika perempuan itu berkahwin senyap-senyap dan tidak jelas tanda dia isteri orang. Inilah sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh agar majlis perkahwinan dihebahkan kepada pengetahuan umum melalui majlis walimatulurus atau apa-apa cara sekalipun.
Banyak kes berlaku ialah lelaki menjalin hubungan dengan perempuan bergelar isteri. Lelaki mungkin mengetahui status wanita itu. Dalam kes tertentu, lelaki tidak mengetahui status wanita disebabkan suaminya tinggal bekerja di tempat lain. Hubungan secara maya juga sering menyebabkan terperangkap cinta terlarang.
Kes sedemikian diistilahkan isteri curang atau main kayu tiga. Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud ‘meminang’.
Peminangan itu akan mendorong wanita meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan membolehkan berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah dilakukan. Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami.
Perempuan yang masih bergelar isteri haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan dan tamat edahnya.
Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain, manakala lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana wanita yang masih bergelar isteri.




• Keduanya: Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain. Sabda Rasulullah bermaksud: Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal dia membeli pembelian saudaranya dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu. (Hadis riwayat Muslim).
Banyak lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan lelaki yang ingin merampas tunangan orang.
Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.
Tambahan pula, ada ikatan pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan itu di atas kehendak keluarga. Jadi, jika ada lelaki lain ingin memikatnya atau kekasih pilihan, maka dia mengharapkan pertunangan itu diputuskan.
Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang sama seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan sama.
Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri.
Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki.
Perempuan bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.
Rasulullah bersabda bermaksud: Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya. (Hadis riwayat Bukhari).



• Ketiga; perempuan yang hendak dipinang tidak dalam edah. Edah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya.
Pada masa edah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh edahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula.
Hal demikian dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka berdamai. � (Surah al-Baqarah, ayat 228).
Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bertujuan bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan selepas tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan.
Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada selepas wanita itu berkahwin dengan lelaki lain dan di antara keduanya bercampur, kemudian diceraikan pula suami baru.
Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya, perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.
Amalan ‘cina buta’ seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawab sebagai ‘cina buta’ ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.
Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah.
Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan cina buta itu tidak mengetahui perkara sebenarnya. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu.
Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami perempuan itu.



• Keempat; perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya kerana di antara keduanya diharamkan nikah.
Ikatan pertunangan bukan sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti hubungan bukan muhrim.
Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang agar tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya sudah boleh dilakukan seperti pasangan berkahwin.
Ikatan pertunangan hanya satu perjanjian di antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan anaknya.
Oleh itu, perkahwinan wajar disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat merasai dan mendapat apa yang diharapkan melalui perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.

















Semoga semua mendapat manfaat dengan artikel ini...
Artikel ini merupakan peringatan kepda diri saya sendiri secara peribadi dan Muslim lain secara umumnya...
Bila nak kawen ni???
Will anybody marry me???
(*_*)

22 comments:

Dr Amad said...

Nak kawin?buku dakwah fardiah Syeikh Mustafar Masyhur pun xabis lagi.Ada ati nk nikah...=p

Nikah awal lembab...

3rdmarch said...

xdop dlm rukun nikah nak kawen kene khatam buku 2 dlu.. ;p ;p ;p

nikah awal lembab..
bergantung kpd individu tersebut sendri..

baik nikah je kalau xtahan dah..
"berjihad" utk "berzina"..
dapat pahala ape..
drp berzina bodo2..
dosa besor..

p/s : rukun nikah - suami,istri,saksi,wali,akad..
semua bisa diatur kecuali istri..
ade sape2 nak jd istri saya??? (*_*)

Anonymous said...

yes.haha..jk
j jou..j jou..
nk jaga ank org bkn bnda maen2..
tnggunjwb mnggunung..worth ke utk diri y dh xthn tu..?hik3

3rdmarch said...

2 anonymous :

x maen2 pon bab kawen ni..

masalah y perlu dicari jln penyelesaiannya..

worthy if u do it with full of responsibility,respect and love..

btw,siapakah anda???

p/s :

stakat ni org komen cam kawen 2 salah je..haha..btw,syukran ala comments..

comments pe ek dalam bahasa arab???
hurmm

Anonymous said...

تعليق-comment..i'Allah btul.haha

kawen tu xslh..tp sbg student y blom ader pndapatan tetap ni,berpada2 je la..huhu
wlaupn ader scholarship y byk skali pn,xkn la nk bg mkn kt anak bini ngn duit y kjaan bg..?duit rakyat y diharapkn utk mmbantu pelajaran..bkn utk mmbantu sebuah perkahwinan..
xkn nk minta duit parent..?:P

kalau masing2 nk sara diri sndiri,lbh kurang laa jd nyer ngn xkawen..xde 'nikmat' sharing tu..hahaha

piNkbabybeAr said...

Assalamualaikum...

waaaa another jiwang entry~
even though u didn't write this but i'm sure it does mean something 2 u,isn't it???
(^^,)v
u r afraid nobody wants u?
u x have a gf??
remember Allah's promises that good guy is 4 a gud girl n vice versa.
a friendly reminder 4 u n 4 me as well...
as 4 me, no couple2 bla2 (InsyaAllah,please dear God!!!) b4 i'm succeed in becoming a doctor!
do i have any point there???
peace!!!

*let me keep myself secret*oh how i love traveling to blogs of unknown authors!errrr in ur case,i do know u!*a winky wink there!*

wassalam...

iRa DiDi said...

nk kawen jgn lupe jemput!!!

3rdmarch said...

2 anonymous :

timekasih..dgn taklik n komenye..

just nak tegaskan kat sni..
byk pro n cons dlm bab kawen ms blajar ni..
bergantung dgn keadaan n situasi..

bab penggunaan scholarship,bg saya xsalah kalau pndai gune duit n duit y lbh 2 digunakan utk kawen..
lg pon kawen sesuatu y baik n positif..
drp menggalak zina berlaku..

psal sara dri sendri 2..
eerrkk..kawen awl je..
jd plajar bkn slama2nye..
nt pas keje sara la istri 2..
sharing byk mende..
bkn psal sara diri je..

sal parents 2..
kalau kaya raya..
xsalah mintak..
klu xmampu..
jgn le..

p/s : semuanya pendapat saya sendiri..bg saya..kalau xde apa2 halangan seperti kewangan dan keluarga..xsalah nak kawen awal..

3rdmarch said...

2 pinkbabybear :

aiya..
this post adalah peringatan pd dri sendri je..
nothing more..

about afraid nobody wants me..
act xde masalah pape pon sal ni..
i'm happy with my condition right now..
act ade je pujaan hti..
cume biarlah..
nt dah stable nak pinang dia terus..
kawen terus bru nikmat..
ehee~

eeerrkk..
pliiiizzzz...
tell me who u r..
ngak seru ngak kenal..

pape pon..
thanx 4 coming..
senang2 dtg la lg..

3rdmarch said...

2 ira didi :

errkk..kamu pengantinnya..mesti la kene jemput.. ;p ;p ;p

Anonymous said...

kuat ngorat ore demo nih..hahahah~

-sheep y kacak-

3rdmarch said...

sheep y cantik..

jange la jeles..

iA bl bekwoh kawe ajok demo wlaopon bekwoh kecik2 jah..

demo 2..6taon lg..

kawe xtao lg bl..

(n_n)v

Anonymous said...

hahah..jeles kah sheep?
tidaaaq..~
hahaah:))

6taon lg bru dpt list calon dr demo laa...hahah.bru nk pilih2

demo taon dpe dh..@ taon ni..?
lol

ikut laa..asal bahagio.

3rdmarch said...

ambe trima je ketentuan Ilahi..

klu awl..awl la..

klu lmbt..lmbt la..

dop pk sgt pon sal ni..

y kawe pk guano nok control dri dgn kaum2 deme ni sblm kawen..

ehee~

joegrimjow said...

sangap adalah kategoriku
lalala~

3rdmarch said...

Sangap gapo gop jo?

ce oyak molep..

dop pehe kawe..

p/s : jupe kekgi kat skoloh..

muniri edogawa said...

terlopong tgk tajuk ni:O
lalat masuk xsedar:)

3rdmarch said...

bahya sgguh cik cupcake ni..
xyah la gtao lalat masok..
hlg ayu..ahaks~

Haf said...

ko nk kawen da ke jijol?mung jgn langkah bendul wei?kalo x,kene anta cincin kat aku weyh.wahahahahahahahaha!!!!

3rdmarch said...

owh hap..
bl mase plak den cakap nak kawen ni..
pasangannye blom ade lg..
rukun nikah xlengkap..
camne nak kawen??? ;p

fArHaNa said...

jijol...jijol.....-_-"

*peace*

3rdmarch said...

farhana..farhana.. 0_o