Thursday, May 14, 2009

Si Dia Yang Kurindui...




Bismillahirrahmanirrahim...



Tidak punya internet memberikan kesan yang mendalam dalam diri ini.Banyak kerja tidak boleh dibuat,banyak informasi tidak diketahui dan yang paling sedih banyak masa terbuang.Apa pun kali ni bukan hendak melepaskan geram di dalam hati tetapi rindu yang terpendam.




Dah lama tidak bertemu dengan si dia,ciptaan Yang Maha Pencipta yang sungguh cantik,indah dan sungguh menenangkan.Si dia tidak ada di bumi Bandung ini ditinggalkanku di kampung halaman.Kalau ada pun jauh dari sini,3 jam perjalanan.Tidak seperti di rumahku di mana hanya memerlukan 5 minit sahaja untuk bertemu.Hati ini telah merayu rindu kepada ciptaanMu yang hebat itu wahai Sang Pecipta Agung.




Aku rindukan hembusan nafasnya.Sungguh menyamankan dan menenangkan.Sering kali aku bertemu dengannya untuk menenangkan fikiran sambil dia mengingatkan diriku bertapa hebatnya Sang Pecipta.Sering juga ku bawa rakan-rakanku bertemu dengannya untuk bergembira.Sesungguhnya dia hanyalah milik mutlak Sang Pecipta,tidak boleh ku anggap milikku seorang.Tidak akan ku lupa si dia yang memeberikan diriku seribu satu kenangan memori untuk diingati dan dirindui.




Si dia yang ku cintai...




Bila la boleh nak belajar menunggang kuda ni...




Kulit kerang gergasi???




Dah nak senja...




Dah senja...




Itulah ciptaan ALLAH Yang Maha Menyempurnakan segala sesuatu. {An-Naml:88}




Dan mereka merenungkan di dalam penciptaan langit dan bumi(seraya berkata) wahai TUHAN kami,tidak ENGKAU ciptakan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci ENGKAU,peliharalah kami dari azab api neraka. {Ali Imran:191}







Gambar2 ini diambil di Pantai Batu Burok~

Act banyak je lagi gambar tapi masa xmengizinkan diri ini utk upload semuanya~

Miss my family so much~

6 comments:

duha said...

salam..saya suka pantai jugak..dah lame tak jumpe pantai~

3rdmarch said...

waalaikumussalam~
kat sini ade gunung-ganang je banyak..
tapi panjat 1 je stakat ni..
isk3..

duha said...

tape..gunung lain bakal ditawan~

3rdmarch said...

kapan neng mau tawannya???
da nak masuk 2nd yr ni..
xkan 1taon 1gunung..
isk3..

piNkbabybeAr said...

Assalamualaikum
Subhanallah 4 this beautiful world we live in
Alhamdulillah 4 still giving us chance to breathe
Allahuakbar 4 everything we have in this very life
what a jiwang entry! =p
but i guess this jiwang is fine when it comes to praising the beauty of this world Allah has provided us.
i actually found your blog accidentally n i enjoy reading it.
it seems like u rarely write but once u write,i can see the beauty in each entry.
congrtaz!
i'll keep reading this unique blog.
may u succeed in becoming a soleh pharmacist!
=)
wassalam.

3rdmarch said...

waalaikumussalam..
what a jiwang entry..
why not?
hahaha..
4 me everyone has their own jiwng feeling..
depends on that individual how 2 show it..
this is how i show my jiwang..
ehee~
accidently found this blog..
hurrmm..from where?
act who r u n how did u know i'm a pharmacist will be?
curious~ 0_o
btw,thanx 4 coming..

(n_n)v