Tuesday, April 14, 2009

Health & Hygiene Campaign...




Bismillahirrahmanirrahim...



Sila klik poster ini untuk besarkan...



"Sesungguhnya Allah Ta’ala adalah baik dan mencintai kebaikan, bersih dan mencintai kebersihan, mulia dan mencintai kemuliaan, dermawan dan mencintai kedermawanan. Maka bersihkanlah halaman rumahmu dan janganlah kamu menyerupai orang Yahudi."


(HR. Tirmidzi) (Lihat Imam As-Suyuthi,
Al-Jami’ Ash-Shaghir, I/70; Muhammad Faiz Almath, 1100 Hadits Terpilih, [Jakarta : GIP], cetakan keenam, 1993, hal. 311).



Hadith di atas menunjukkan bahawa kebersihan (an-nazhafah) merupakan sesuatu yang dicintai Allah SWT.Menjaga kebersihan segala sesuatu merupakan bukti atau buah keimanan seorang muslim, karena dia telah beriman bahwa Allah SWT adalah Dzat Yang Mahabersih (nazhiif).



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah."




Hadith di atas menunjukkan bahawa Islam amat peka terhadap pembangunan aspek jasmani manusia agar proses transformasi yang dilakukan dapat melahirkan manusia yang seimbang, berilmu, berakhlak dan sihat seterusnya dapat melakukan tugas sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi dengan baik dan sempurna.Apabila seseorang Muslim itu sihat bermakna ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah S.W.T serta tanggungjawab lain yang diamanahkan oleh manusia kepadanya sama ada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan.Kekuatan jasmani bererti seseorang itu memiliki daya ketahanan badan melawan penyakit. Oleh itu dikatakan bahawa mencegah penyakit itu adalah jauh lebih baik dan lebih mudah daripada merawat. Namun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat adalah anugerah Allah S.W.T dan kita harus bersyukur apabila dianugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak mengeluh sekiranya diuji dengan sesuatu jenis penyakit kerana ia merupakan ujian daripada Allah S.W.T sebagai kaffarah bagi dosa yang dilakukan. Pepatah Arab menyebutkan:”Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim.



Apa yang ditunggu lagi wahai rakan-rakan seperjuanganku?Ayuh sertai kempen "Health & Hygiene".Di samping dapat menambah ilmu dan kepekaan kita tentang kebersihan dan kesihatan insyaallah kita juga dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Wallahu a’lam...



P/S:Kredit untuk Nina FKG08 yang mereka poster ini...
















Ya ALLAH...
Jagalah kebersihan diri kami...
Janganlah kau tarik nikmat kesihatan daripada diri kami...
Dan lancarkanlah kempen ini...
Amin~

No comments: