Friday, April 10, 2009

Aku Terima Nikahnya...




Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah..walaupun agak sibuk baru-baru ni sempat jugak baca beberapa buku antaranya Aku Terima Nikahnya karya Hasrizal Abdul Jamil atau lebih popular sebagai Saifulislam.com.Kesuntukan waktu menjadikan saya mengambil waktu yang agak lama untuk mengkhatamkan buku ini berbanding buku-buku lain.Walaupun belum habis dibaca ternyata setiap kata-kata yang terkandung dalam buku ini membuatkan saya berfikir dengan setiap tindakan yang telah saya lakukan dan bakal dilakukan.Ternyata buku ini merupakan sebuah buku yang bagus dibaca oleh semua orang kerana ianya merupakan buah fikiran yang berharga untuk dimiliki.Saya tertarik dengan pepatah Arab yang dimuatkan di dalam buku ini.






"Air yang tidak mengalir(statik),akan merosakkan air tersebut.Pemuda yang banyak masa kosong(tidak dinamik),akan dibunuh oleh masa kosong itu."



Saya tertarik dengan pepatah ini kerana ianya ada sedikit sebanyak berkait dengan diri saya dan kawan-kawan di sini.Kehidupan di sini agak berbeza dengan kehidupan di tanah air.Jika di Malaysia,setiap petang diisi dengan bermain basketball atau pergi mengambil angin di mana-mana.Malamnya pula setelah solat menonton berita dan apa-apa program di tv atau online.Di sini pula berbeza.Waktu petangnya tidak tahu mahu di isi dengan aktiviti apa.Nak main basketball tak berteman,nak jalan-jalan ambil angin tak tahu ke mana.Malamnya pula tak tahu hendak buat apa.Masa banyak diisi dengan menonton DVD yang dipinjam daripada kawan-kawan.




Setiap masa yang diisi dengan menonton DVD membuatkan saya muak dan bosan.Ini menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menyertai sebanyak mana program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sini.Hampir semua program saya sertai semampu yang mungkin.
Ada rakan yang memuji dan ada juga yang mengata.



"Bagus la ko semua program ada ko."



"Ko wat pe pergi majlis macam ni?Bosan la..Buang masa je.Baik aku relax je kat bilik,lagi best"



Saya tak kisah kepada yang memuji.Tetapi saya pelik dengan yang mengata.Tak bosan ke duduk bilik tanpa membuat apa-apa?Tak menjana minda,badan tak bergerak dan pengalaman tak bertambah.Semuanya melemahkan jasmani dan rohani.




Dan sesetangahnya mula berbangga diri apabila ditarik menjadi ahli sesuatu biro.Jika dahulu mengutuk kesibukan saya dengan aktiviti dan program yang dilakukan,sekarang dia pulak yang ikut serta.Tetapi yang malangnya komitmen yang diberikan tidak setinggi kebanggaan yang ada pada diri apabila membuat pengumuman dirinya diajak menyertai sesuatu biro.




Siapalah saya untuk memberikan sebarang komen tetapi bagi saya,di sini kita perlu membetulkan kembali niat kita kenapa kita membuat sesuatu perkara.Kenapa kita sertai sesuatu persatuan.Bagi saya,ya saya menyertai pelbagai persatuan bagi mengisi masa lapang.Tetapi bukan sekadar itu sahaja,penyertaan saya turut diiringi niat untuk mengutp sebanayak yang mungkin ilmu serta pengalaman yang dihidangkan ketika bepersatauan.Di samping itu hati ini juga berniat agar setiap aktiviti dan program yang dilakukan dapat membantu meningkatkan amal serta iman di dalam diri dan rakan-rakan yang turut menyertai.Dan yang paling penting ialah komitmen.



Setiap niat tanpa usaha dan komitmen dalam bepersataaun tidak akan memberikan sebarang kebaikan,malah merosakkan diri dan nama sahaja.
Merosakkan diri apabila bahu yang menanggung tanggung jawab tidak dapat menanggung beban yang ada.Ketidak mampuan ini akan merosakkan nama yang ada.Terimalah sesuatu kerja yang mampu dilakaukan.Jujurlah pada diri ketika membuat keputusan menerima tawaran sesuatu kerja atau sebarang tanggung jawab.Janagan sampai memakan diri.



Dan peringatan kepada yang membaca dan juga diri saya sendiri niatkanlah setiap perkara yang dilakukan ketika bepersatuan atau melakukan apa jua aktiviti kerana ALLAH S.W.T kerana hanaya izinNYA setiap perkara berlaku sama ada dengan lancar atau tidak dan semoga setiap perkara yang dilakukan diiringi pahala agar setiap perkara yang dilakukan itu tidak hanya meninggalkan penat lelah yang membahagiakan kita di dunia sahaja bahkan turut membahagiakan kita di akhirat kelak.Lillahitaala~



Amin...














Bukan solat je lillahitaala...
Sibuk2 wat ape pun jgn lupa solat...
Semoga setaip perkara yang dilakukan diberkatiNYA...






















Happy Birthday to Noor Nadirah binti Mohd Zakaria...
Sweet 18...
Semoga sentiasa diberkatiNYA,dilindungiNYA serta bahagia di dunia dan akhirat...

12 comments:

Ahmad Zulfahmi said...

Keep up da good work.Chaiyok2 ;-)

3rdmarch said...

tq BIG boss... =)

duha said...

keep up da good work. chaiyok2 ;)

hehe..tataw nk tules ape.. :p

3rdmarch said...

2 duha : ye..chaiyok2..anda juga..

p/s : gian menulis ek? =p

joegrimjow said...

jijou dah dewasa
hehe
aku ingt ko nak kawen tadi
ish2
potong nampak

3rdmarch said...

2 joegrimjoe :

"jijou dah dewasa"

apakah maksod mu wahai suparjo???

-_-'

aku nikoh...

nikoh nge kerjo2 aku..

hahaha..

kiro nikoh la 2..

potong?

potong kek?

potong line?

ke potong gapo?

ehee~

(n_n)v

fArHaNa said...

ko ada buku ni ke?
nak pjam. hahaha..

3rdmarch said...
This comment has been removed by the author.
3rdmarch said...

2 farhana :

secara jujurnye..
buku ini bkn bukuku..
tp insyaALLAH..
bakal..
ehee~

p/s : nak pinjam..terima nikahnye dulu.. ;p

duha said...

hamboi..terime nikahnye dulu? nk melamar kak farhana ke?? hehe..jgn kacau kak farhana.. :p

p/s: kak farhana..jgn layan jijol

p/s2:kak farhana,duha ade je buku ATN nih..kalau nk pnjam boley je~

p/s3:maaf p/s di atas sume utk kak farhana..hehhe

3rdmarch said...

adoih..
duha ni..
kacau line tol..
atau anda jeles??? ;p
tak pe..
kalau farhana terima nikahnya..
ada lg 3 kuota..
anda dijemput mengisi kekosongan y ada..

duha ade buku bknnye nak share pon..baca sorg2 pas 2 smpan je..isk3..

cian cik farhana kite kene cari org cikuda smata2 nak pnjam buju..

3rdmarch said...

adoih..
duha ni..
kacau line tol..
atau anda jeles??? ;p
tak pe..
kalau farhana terima nikahnya..
ada lg 3 kuota..
anda dijemput mengisi kekosongan y ada..

duha ade buku bknnye nak share pon..baca sorg2 pas 2 smpan je..isk3..

cian cik farhana kite kene cari org cikuda smata2 nak pnjam buku..