Sunday, March 1, 2009

Muhasabah Diri???




Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi ALLAH S.W.T,yang mengizinkan diriku utk menaip seketika.Tiada Tuhan melainkanNYA yang layak disembah.selawat dan salam buat baginda Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya hati ini sungguh gundah gulana dengan setiap ujian yang datang menimpa diri ini.Maaf kepada pembaca(meandangkan dah semakin ramai yang tahu pasal blog ini) kerana blog ini lebih dijadikan tempat melepaskan lelah dan perasaan di hati berbanding perkongsian ilmu.

Banyak kejadian yang berlaku sejak kembalinya diri ini ke bumi Indonesia yang bertuah ini.Bermula dengan keluarnya result sehinggalah dengan meeting pertama IMAN yang dihadiri memerlukan aku banyak muhasabah diri.

Aku sedih dan pilu apabila memikirkan setiap perkara dan kejadian yang dialami di sekelilingku.Aku berharap setiap tindakan yang diambil dan setiap keputusan yang dilakukan adalah beserta dengan takwa kepadaNYA.

Ya ALLAH..
Ampunkanlah diri ini jika aku silap.
Bimbinglah diri ini.
Sesungguhnya aku sekadar hambaMU yang lemah lagi jahil..
Dan iman dan takwa itu milikMU.
Janganlah KAU tarik nikmat tersebut daripada diriku...

Wahai teman-teman seperjuangan..
Maafkanlah diri ini jika diri ini mempunyai silap.
Aku ini manusia biasa.
Tidak terelak dari melakukan kesalahan.
Yang sempurna hanyalah DIA...











Bersyukur tubuh yang dipinjamkanNYA masih mengandungi nikmat Iman dan Islam..
Alhamdulillah..

No comments: