Friday, March 6, 2009

Cabaran...




Bismillahirrahmanirrahim...



Banyak perkara berlaku baru-baru ni.Alhamdulillah segalanya diharungi dengan selamat walau pun batuk belum baik-baik lagi setelah sekian lama dihidapi.Sem dua ini penuh dengan cabaran baru.Cabaran yang berbeza berbanding sebelum ini.Diri ini perlu sentiasa bersedia dan cepat untuk menyesuaikan diri dengan cabaran baru ini iaitu mengetuai sebuah unit.Bagi diri ini ianya bukan calang-calang unit walaupun tanggung jawabnya tidak seberat unit-unit lain.Unit yang terdiri daripada ahli-ahli yang hebat belaka.Ahli yang penuh dengan ilmu,idea dan pengalaman.Yang paling membuatkan diri ini berasa amat segan adalah mereka semua mempunyai segalanya melebihi diri ini.Tak kiralah dari sudut apa pun termasuk umur yang nungkin segelintir sahaja yang sama baya.Siapalah diri ini untuk mengetuai unit ini.Sesungguhnya diri ini hambaNYA yang kerdil sahaja.Serba-serbi kurang.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli unit yang tidak membantah dengan pemilihan diri ini yang tidak seberapa untuk mengepalai anda semua.Diri ini berharap semua ahli unit dapat saling membantu dan memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman masing-masing ketika mengharungi bahtera unit ini.Diri ini akan berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya dalam memikul amanah dan tanggung jawab diberi.Semoga kita semua dapat membuat sesuatu yang memberikan manfaat kepada umat Nabi Muhammad S.A.W dengan penuh keikhlasan agar setiap perkara yang dilakukan diiringi pahala.Tegurlah diri ini jika silap dan salah dilakukan kerana diri ini bukanlah maksum yang terelak daripada melakukan silap.Sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang buruk itu adalah kekurangan pada diri ini...











Sesungguhnya diri ini mengharapkan pertolonganNYA untuk menghadapi cbaran ini...



No comments: