Monday, March 9, 2009

Alangkah Indahnya Hidup Ini...




Bismillahirrahmanirrahim...




Tidak ada apa nak dikatakan hari ini kecuali hati ini tiba-tiba sebak teringatkan baginda Rasulullah S.A.W.Pelbagai soalan timbul di dalam hati.Sentiasa ingatkah aku akan baginda?Kenalkah aku peribadi baginda?Adakah aku telah mengamalkan ajaran baginda?Cukupkah cintaku kepada baginda?Cukupkah selawatku kepada baginda?


"katakanlah(Muhammad) 'jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan menagmpuni dosa-dosamu'. Allah Maha pengampun, Maha penyayang"
(Al-Imran:31)

Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia

[riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

"..wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan padanya"
(Al-Ahzab:56)






Wahai teman-teman seperjuangan,sedarlah sedang kita sering kali melupakan baginda S.A.W,baginda terlebih dahulu telah memikirkan kita ketika hayatnya.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat
saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan)
[Riwayat Muslim]

Tidak malukah kita dengan baginda S.A.W?
Sesungguhnya aku sedih memikirkannya.
Apakah sumbangan kita terhadap Nabi S.A.W sedangkan baginda yang dijanjikan syurga sanggup mengorbankan diri demi umatnya?
Ya ALLAH,ampunkanlah hambaMU ini kerana diri ini sering kali melupakanMU dan kekasihMU...










Alangkah Indahnya Hidup Ini



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenganganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Kutahu cintamu kepada umat
"Ummati ummati"
Kutahu bimbangnya engkau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Terimalah kami sebagi umatmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kurniakanlah syafaatmu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim





Ya ALLAH...
Ketemukanlah aku dengan MU & Rasulullah S.A.W kelak...
Sesunnguhnya hati ini rindu...

No comments: