Wednesday, February 4, 2009

Sokongan Al Kisah...




يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Riwayat Bukhari & Muslim, dari ‘Abdullah bin Mas’ud).


Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:


Pertama: Segera bernikah bagi yang mampu.Kalimah AL-BAA’H dalam hadith tersebut ditafsirkan sebagai berumah tangga menurut kitab Bulughul Maram, hadith no. 994. Namun maksud AL-BAA’H yang paling tepat adalah menurut Al-Imam Ibn Qayyim dalam At-Tibb An-Nabawi dan juga Zaadul Maa’d iaitu jima’. Maknanya, apabila seseorang telah pun matang organ seksualnya secara biologi dan mampu melakukan hubungan seks (dan mempunyai fantasi seks), maka dia ‘wajib’ berkahwin walaupun seawal usia 12-15.


Kedua: Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.


Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . InsyaAllah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,



ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).



















Kpd semua y berniat..

Niat y baek..

Semoga mendapat bantuanNYA..

Amen~

No comments: