Saturday, November 7, 2009

Qurban Pesona Taqwa




Bismillahirrahmanirrahim...



Sempena Eiduladha 1430H...


IMAN menganjurkan sambutan Eiduladha...


"Qurban Pesona Taqwa"


23 Nov : FK A3.3 : Ceramah Qurban


26 Nov : Bale 4 : Iftar


27 Nov : Puri Alpina : Sambutan Eiduladha



video
promo...



Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

Jamaluddin[fk07] : 081802057056

Fawwaz[fk07] : 081809675689

Jijol : 087821137578



Semua muslimin & muslimat dijemput hadir...






[n.n]v

٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶ ٩(-̮̮̃•̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩͡[๏̯͡๏]۶




Bismillahirrahmanirrahim...



...

Kelu...

Banyak benda nak dikatakan...

Terbuku di dalam hati...

Tetapi tak mampu diluahkan...



Semester 3...

Semester yang sangat pack...

4 lab dalam seminggu..

Kelas bukan lagi 5 hari seminggu...

Sabtu bukan lagi hari minggu...



Program banyak...

Tapi masih lagi gatal nak join sebanyak mungkin...

Focus ntah ke mana...



MAKSIMAL...

MAISEN...

BAKSOS & lunch bersama Menteri Belia dan Sukan...

Rumah Terbuka Raya IMAN...

Lepas tu yang bakal menyusul pulak...

Bulan Persada Melayu...

Sambutan Eiduladha...

TSMCG...

UDI...



Tamak betul...

Tetapi...

Itulah cabaran...

Itulah amaran...

Saya sangat suka...



Marah si abang...

Marah tandanya sayang...

Ibadah dan iman perlu dijaga...

Berkawan dengan semua...

Tetapi prinsip jangan tergadai...

Tepati masa...

Pemimpin perlu berpengaruh...

Saling memperingati...

Utamakan yang lebih utama...

Jangan pandai cakap je...

Jaga hubungan...

Kena pandai berkomunikasi...

Bla,bla,bla,bla,bla....

Banyak sangat yang dikata...

Saya pun lupa...

Tetapi hati tetap gembira...

Walaupun dimarahi...

Kerana marahnya bukan benci...

Tetapi marah kerana sayang...



Malu...

Malu untuk menerima...

Nikmat daripadaNYA...

Diri ini kotor...

Penuh dengan noda...

Tetapi DIA...

Masih lagi sayang...

Masih lagi kasih...

Masih lagi memberi...

Sedangkan diri ini tidak habis-habis melawan...

Memungkari...

Melangkau batasan...

Macam-macam...


Oh diri ini...

Perjuangan masih panjang...

Jangan putus asa...

Teruskan berjuang...

Kerana hidup ini tidak akan bermakna...

Tanpa perjuangan ini...

Juga cabaran ini..

Ingatlah...

Anda bukan hanya bakal pharmacist...












Alhamdulillah...syukur...

Sunday, September 20, 2009

Feliz Eidulfitri...




Bismillahirrahmanirrahim...



Secara ikhlasnya tidak ada apa-apa yang ingin diperkatakan pada malam ini selain menaip untuk menyatakan syukur kepada ALLAH S.W.T.Alhamdulillah,dengan nikmat dan rahmatNYA Ramadhan berjaya dilalui hingga ke penamatnya hingga menjelang malam Syawal yang penuh keriangan.



Sempena sambutan kebesaran umat Islam ini,diri ini yang bernama Muhammad 'Azizul 'Azim Bin Maliki ingin memohon maaf atas segala salah dan silap samada sengaja atau tidak zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini tidak kiralah rakan baru atau sahabat lama di dunia nyata atau di alam mana sekali pun dan walaupun tidak pernah kita bertemu...



Ja'alnallahu wa iyyakum minal 'aidiinal faiziina,wa taqabbalallahu minna wa minkum...


Semoga Allah SWT menjadikan kita semua sebagai hamba-hamba-Nya yang kembali (kepada fitrah) dan sebagai hamba-hamba-Nya yang menang (melawan hawa nafsu). Dan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadah kita semua...




Salam Aidilfitri~


Sekali lagi maaf zahir & batin...




kad raya untuk semua..eh..kad ke ni?



TAKUT & HARAP…DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ukhuwah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar…
Walillahhilhamd!




Friday, September 18, 2009

Sedih & Semangat



Bismillahirrahmanirrahim...



Segala puji bagi SANG PECIPTA kerana kasih dan pemurahNYA aku masih lagi bernafas di malam ke-29 Ramadhan ini.



Tadi merupakan kali terakhir solat sunat Terawikh ditunaikan untuk tahun 1430H.Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang.Sedikit sugul dan sedih ketika menunaikan solat Terawikh tadi.Apakah kita akan bertemu lagi wahai Ramadhan?Persoalan yang kerap bermain di dalam minda.Apakah ini Ramadhan yang terbaik yang pernah ku tempuhi sepanjang hayatku?Apa-apa pun aku berharap segala ibadatku diterimaMU wahai SANG PECIPTA AGUNG walau seteruk mana pun hambaMU yang kerdil ini.Bersyukur kepadaMU juga kerana mengizinkan hambaMU ini sekali lagi menghabiskan bacaan ayat-ayat cintaMU di dalam bulan Ramadhan.Hati ini juga bimbang memikirkan tentang momentum yang tinggi di bulan mulia ini.Aku berharap sekurang-kurangnya mengekalkan momentum ini.Tetapi apa guna harapan tanpa usaha.InsyaALLAH..momentum ini bukan sekadar di bulan mulia ini malah di bulan-bulan seterusnya.Ameennn~



Tahun ini agak pelik kerana sepanjang Ramadhan aku berada di rumah.Secara jujurnya Ramadhan kali ini agak tenang tetapi kurang mencabar.Ini disebabkan masa terluang yang agak banyak dan kebanyakannya dihabiskan di rumah.Jika dihitungkan juga baru sekali aku menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan.Itu pun pada hari pertama puasa dan tiada apa-apa yang di bawa pulang dari bazar tersebut.Pusing bazar 2,3 kali tetapi tiada satu pun juadah yang boleh menarik nafsu makanku.Kebetulan juga ketika itu aku terlupa untuk membawa wallet.Tetapi itu bukanlah masalah atau alasan untuk tidak membeli apa-apa kerana ada kawan yang menawarkan duit untuk dipinjam.Aku hanya makan rezerki yang disediakan olah keluarga di rumah.Alhamdulillah makanan di rumah tidak kalah dengan juadah di bazar.Malah lebih enak dan menarik agaknya.



Ramadhan bakal pergi Syawal pula bakal menjelma.Semoga Aidilfitri kali ini dapat disambut dengan meriah oleh semua umat Islam di seluruh dunia.Harap-harap kali ini raya dapat disambut dengan penuh semangat.Tiap-tiap tahun asyik sedih je ketika beraya pada hal waktu raya merupakan waktu meraikan kemenangan.Waktu yang perlu diraikan dengan penuh semangat agar syiar Islam sentiasa berkobar-kobar di dalam diri.Apa-apa pun raya-raya juga tapi jangan sampai melepasi batas.Jangan disebabkan terlalu asyik beraya sujud dan sembah pada SANG PECIPTA dilupakan.Raikanlah Aidilfitri nanti bukan sahaja dengan penuh bersemangat tetapi juga dengan penuh keserdahanaan.



By the way,dah agak lama blog ini tidak di"update".Bukan kekeringan idea.Bukan kekeringan kata-kata.Bukan kekeringan masa.Kekeringan semangat untuk menaip barang kali.Sebenarnya banyak perkara ingin dikongsikan sepanjang percutian lebih 3 bulan ini.Banyak perkara berlaku.Banyak liku yang dihadapi.Banyak suka-duka yang boleh dikenangkan.InsyaALLAH akan aku nukilkan di sini pada waktu akan datang...




-Aidilfitri 2008-

Tuesday, August 4, 2009

The De La Rosa's Story...




Bismillahirrahmanirrahim...




Telah lama saya menyimpan hasrat untuk bercerita sebuah kisah tentang dia yang bernama De La Rosa.Kisahnya tidak biasa dan tidak juga luar biasa tetapi sudah cukup untuk menimbulkan rasa hairan dan "confuse".Ini menyebabkan banyak spekulasi telah dibuat oleh orang ramai tentang De La Rosa ni.



Kisah De La Rosa ini bermula apabila dia membuat keputusan ketika belajar di darjah tiga,sedikit menyimpang ketika di matrikulasi dan kesannya dirasainya setelah itu. Untuk memudahkan cerita mari kita imbas kembali suatu kekeliruan yang dialami oleh orang di sekitar De La Rosa ni..



N : Akak nak tnya skit ni..De La Rosa ni SHAMS ek dulu???


DLR : A'aa..tapi ni tanya pasal SHAMS mana ni?SHAMS ada dua,SHAMS Kula Terengganu ke SHAMS Seremban?Sebab saya SHAMS KT..


N : Ooo..ye ke..akak ingatkan awak ni SHAMS Seremban.Sebab akak dulu sekolah situ jugak.SHAMS Terengganu rupanya.Ingatkan sama.


DLR : Camne tau saya SHAMS?


N : Junior awak ada cerita kat akak katanya awak ni sekolah SHAMS dulu.Ingatkan SHAMS Seremban.


DLR : Junior saya mana satu ni?Saya pun cari-cari gak kalau ada junior kat sini tapi tak jumpa-jumpa lagi ni.(Sambil tu De La Rosa bermonolog dalaman.Siapa la junior yang N ni katakan..)


N : Ada la..Mana boleh bagi tau.Tapikan macam mana awak boleh ada junior kat sini kan awak baru je masuk 1st year.


DLR : (De La Rosa segan nak cerita tapi dia ceritakan juga)Actually masa kat matrikulasi dulu saya buat-buat repeat.So,saya matrikulasi dua tahun la.Jadi sekarang saya sama batch dengan junior saya la.Kalau nak ikutkan saya ni SPM'05


N : Kalau macam tu kita ni sebaya la ye.Maaflah selama ni akak membahasakan diri akak "akak" ye.Ingatkan awk muda setahun.(Sambil sedikit tersipu malu.)


DLR : Eh..Saya memang muda lagi pun.Memang la saya rugi setahun tetapi saya baru umur 20 tahun ni.


N : Aik..Macam mana boleh macam tu?Awak cakap awak sPM'05 lepas tu rugi setahun.Kita sama umurlah.SPM kan tahun sama.


DLR : Memang la tapi saya ambik SPM masa umur saya 16 tahun.Masa saya ambik SPM tu umur saya muda setahun.So,bila saya rugi setahun jadi macam biasa la.Macam budak-budak lain.


N : Eh..macam mana boleh ambik SPM muda setahun?(bertanya dengan nada semakin hairan).


DLR : Sebab masa darjah 3 dulu saya ambik PTS.Saya skip darjah 4.


N : Ooo..budak PTS rupanya.Tapi SPM batch sama la kan..


DLR : A'aa..


N : Awak matrikulasi mana dulu?


DLR : Matrix Negeri Sembilan.Tak silap saya,saya ada kenal budak SHAMS Seremban yang sama matrix dengan saya.Nama dia Atiqah.Binti apa saya lupa.Tapi dia dulu masa form 4 form 5 dia kat SAMURA,Sains Muar.Sorang lagi saya kenal Abang Firdaus Ujang.Legend kat SHAMS kan?


N : Ooo..Atiqah tu..kenal..kenal..dia kat mana sekarang ni ek?A'aa..Abang Firdaus Ujang tu memang la.Best students batch dulu-dulu.


DLR : Atiqah sekarang kat Trisakti(Universiti Trisakti,Jakarta).


N : 2nd year ke sama ngan awak 1st year?


DLR : Dia tak la..Saya je repeat.Dia 2nd year dah.


N : Ooo..Eh..klu cam tu akak nak balik dulu la ye..Terima kasih la bagi pinjam hard disk ni.Nanti lepas ambik gambar semua akak pulangkan ek.


DLR : Ye..sama-sama..


Dalam satu lagi peristiwa lain...



Adik 1 : Kenapa baru 1st year?Bukan sepatutnya dah 2nd year ke?Abang dulu bukan matrikulasi UIA kan?tapi nape umur abng baru 20 tahun pulak?


DLR : (Nak cerita ke tak nak ni???Cerita je lah..Sebagai teladan kat budak-budak ni..kata De La Rosa dalam hatinya)Actually macam ni,abang dulu PTS.So,SPM batch 05 la sama dengan abang ngan kak fasi kamu tu yang lain.Sebab tu baru umur 20 tahun.


Adik 2 : Wah..pandainya abang ni.Budak lompat rupanya.


DLR : (Adeih..malu la plak..Tak pe..niat nak bagi pengajaran sedikit..)Tapi masa dekat matrikulasi,abang repeat year.So,jadi 2 tahun kat matrikulasi.Sebenarnya setahun je.So,sekarang abang dah mcam join balik budak yang sebaya dengan abang budak yang SPM'06 yang lahir tahun 1989...


Adik 2 : Tapi tak pe la kan sebab umur still sama.Kalau masuk UIA mesti tua setahun.


DLR : Eh..jangan la fikir cam tu.Kita kalau boleh nak fikir ke hadapan je.Nak berjaya je.Tak nak la gagal kan..Cam abang,mula-mula fikir nak dapatkan degree secepat mungkin.Ni nasib baik abang lompat.Kalau tak,tak pasal-pasal sekarang abang tua setahun daripada budak-budak batch abang yang sama belajar sekarang ni tau.Tu la hikmahnya ALLAH bagi.........



(Ada lagi yang dibebelkan De La Rosa ni tetapi tiada kaitan dengan topik utama post ini..)



So,faham ke tidak kisah De La Rosa yang cuba saya sampaikan ni???



Sambung sedikit lagi cerita ni...



De La Rosa tidak kesal mengorbankan masanya setahun bagi menyelamatkan masa depannya.Dia tahu keputusan perlu diambil.Dia perlu menentukan masa depannya sendiri.Bukan senang bagi dirinya mengambil jalan yang agak tidak popular.Boleh dikatakan jalan yang membinasakan dirinya.Siapa berani untuk mengorbankan masanya setahun me"repeat"kan diri?Mungkin ada tetapi segelintir sahaja.Dia memilih jalan ini sambil berdoa kepada PENCIPTANYA agar jalan yang dipilihnya itu diiringi berkat buat masa akan datang.



Dahulu De La Rosa agak kekok untuk bergaul dengan rakan sebaya memandangkan rakan-rakannya selama ini kebanyakannya berumur lebih tua setahun.Dia lebih selesa bergaul dengan orang lebih tua dan menganggap diri dia budak muda atau macam adik-adik.Setelah mengalami perubahan situasi,De La Rosa sedikit sebanyak agak tertekan kerana perlu mengubah pola fikir,cara pergaulan dan perlu membiasakan diri tanpa status budak muda yang telah dipegangnya selama 8 tahun.Alhamdulillah..Berkat doa dan rasa rendah dirinya kini De La Rosa sudah membiasakan diri dengan situasi baru hidupnya.




Pengajaran yang ingin saya sampaikan melalui kisah De La Rosa ini ialah setiap tindakan dan keputusan yang diambil mempunyai kesan dan akibat yang tersendiri.Kesannya mungkin baik dan mungkin buruk.Jika kesannya baik,maka bersyukurlah kepadaNYA manakala jika kesannya buruk tetaplah bersyukur,mungkin ada hikmah yang tidak diketahui kita tetapi diketahuiNYA.



Dan sesungguhnya SANG PENCIPTA lebih tahu apa yang baik untuk ciptaanNYA.Mungkin apa yang disukai dan digemari oleh kita tidak baik untuk kita dan apa yang tidak disukai itu lebih baik untuk kita.Belajarlah daripada pengalaman dan ujian yang dilalui supaya kita sedari apa yang baik untuk kita seperti yang mahu ditunjukkan SANG PENCIPTA.



Hadapilah cabaran dan ujian dengan penuh tabah.Sesungguhnya setiap ujian itu datang daripadaNYA.Kembalilah kepadaNYA untuk memohon petunjuk dan jalan kerana DIAlah yang menentukan segala-galanya pada waktu silam,sekarang dan akan datang walaupun kita yang memilih.








The Road Not Taken.


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;


Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.




By Robert Frost (1874-1963)












Ya ALLAH...
Don't leave me please YOUR guidance I need...
Show me the way, light up my life...
Don't leave me please YOUR guidance I need...
Show me the way, to gain YOUR love...

Thursday, July 30, 2009

Does God Exist???




Bismillahirrahmanirrahim...



I have a story to share.A nice story about an atheist teacher with his/her pupils.I hope you wll enjoy reading this story... (n.n)v





One day a 6 year old girl was sitting in a classroom. The teacher was going to explain evolution to the children. The teacher asked a little boy: Tommy do you see the tree outside?


TOMMY
: Yes.


TEACHER
: Tommy, do you see the grass outside?


TOMMY
: Yes.


TEACHER
: Go outside and look up and see if you can see the sky.


TOMMY
: Okay. (He returned a few minutes later) Yes, I saw the sky.


TEACHER
: Did you see God?


TOMMY
: No.


TEACHER
: That's my point. We can't see God because he isn't there. He doesn't exist.



A little girl spoke up and wanted to ask the boy some questions. The teacher agreed and the little girl asked the boy: Tommy, do you see the tree outside?


TOMMY: Yes.

LITTLE GIRL
: Tommy do you see the grass outside?


TOMMY
: Yessssss (getting tired of the questions by this time).


LITTLE GIRL
: Did you see the sky?


TOMMY
: Yessssss


LITTLE GIRL
: Tommy, do you see the teacher?


TOMMY
: Yes


LITTLE GIRL
: Do you see her brain?


TOMMY
: No


LITTLE GIRL: Then according to what we were taught today in school, she must not have one!





How's the story???
It is nice,isn't it??? =)












Then,which favours of the LORD will you deny?

Monday, July 27, 2009

Nikahnya Diterima...




Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah.. Sesuatu yang bersejarah telah berlaku kepada warga SHAMS batch 01-05 pada hari Jumaat lalu,24th July 2009 bersamaan 2 Shaban 1430.Rakan kami Wan Aimi Rashidah Binti Wan Mokhtar dan Muhammad Izzat Bin Md Kamal telah selamat diijab kabulkan.Ini menjadikan Aimi dicatatkan dalam sejarah sebagai orang pertama di kalangan SHAMS batch 01-05 yang telah berkahwin.


"Selamat Pengantin Baru"

”Baarakallahu laka wa baaraka ’alaika wajama’a bainakuma fi
khair...”

Amin~



Pengantin baru dan rakan2...


Sedikit cerita pasal pengantin baru ni.Pasangan pengantin baru ini merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan di Mesir(maaf saya lupa di universiti mana).Nampaknya Bumi Anbia' Mesir telah menjadi penyatu cinta dua hati ini.Aimi sekarang berumur 21 tahun manakala suaminya berumur 23 tahun.Aimi kalau tak silap orang Terengganu memandangkan rumah "parents" dia di KT dan dia juga penerima biasiswa YT manakala Izzat berasal dari Kelantan(Pasir Mas kalau tidak silap).



Dari kanan : zukh,syazana,fadzlina,aimi,izzat,'azizul...



Alhamdulillah..sempatlah juga borak-borak dengan pengantin lelaki.Terima kasih kepada Pali yang telah sedikit sebanyak meng"interview" suami Aimi ni.Izzat merupakan pelajar batch yang sama dengan isterinya walaupun lebih tua dua tahun.Merupakan bekas pelajar Maahad dan Darul Quran dan merupakan pelajar tajaan Baitulmal.Kalau tak silap merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik.Abang-abang yang di atasnya semuanya sudah berkahwin.Ditanya bagaimana dia merisik Aimi.Jawapannya ringkas iaitu melalui kawan-kawan Aimi sendiri(kalau ada silap fakta tolong betulkan).



Izzat & Pali...



Imbas kembali...



Saya melihat kad jemputan yang diletakkan di dalam Facebook.Wan Nur Aimi pelajar SHAMS yang sama batch dah nak menikah.Saya cuba mengimbas wajahnya.Memori-memori lama ketika di tingkatan 1 hingga 4 dibelek satu persatu.




"Yang mana satu ek?" detik saya dalam hati..


"Alaa..anak Cikgu Alijah,cikgu Sains.."jawab rakan di FB..



"Tak tau plak Cikgu Alijah ada anak yang belajar sekali dalam satu batch" celaru memori saya dibuatnya.



"Ada la tu kot yang ko lupa..kalau tengok muka kenal la tu kot." saya cuba sedapkan hati..




Kad jemputan di FB...



Kerana ukhwah dan silaturrahim yang tercipta...




Mula-mula saya memang tidak bercadang untuk pergi.Tidak ada orang untuk diajak pergi bersama.Ajak orang Kemaman,dia tak nak turun KT.Tak kan nak pergi dengan budak perempuan kot.Segan la pula.
Alhamdulillah..kerana ukhwah yang tercipta tak sampai sebulan ni,sampai juga saya ke rumah pengantin.Ukhwah yang tercipta ketika majlis reunion ketika menjejakkan kaki ke bumi KT yang tercinta.Ukhwah yang tercipta antara Muhammad 'Azizul 'Azim Bin Maliki dengan Muhammad Zulfadli Bin Yahya a.k.a Pali.Kami tidak jauh sebenarnya.Dia belajar di Institut Teknologi Bandung manakala saya pula di Universitas Padjadjaran di mana ke dua-duanya di Bandung.Dah kenal ni,bolehlah tumpang rumah mu Pali kalau nak pergi jalan kat Bandung malam-malam.haha..



Kalau bukan kerana ukhwah ini saya mungkin tidak akan dapat melihat siapakah Wan Aimi Rashidah dan Muhammad Izzat dan fikiran saya mungkin bercelaru sampai sekarang masih memikirkan siapakah "batchmate" pertama saya yang dah menikah. Ukhwah yang bertaut kembali Syukur juga kepada TUHAN.Selain sekadar berjumpa dengan pengantin dan Cikgu Alijah,saya juga dipertemukan olehNYA dengan rakan-rakan lama yang masih dikenali dan juga yang saya ingat-ingat lupa atau saya tidak pernah perasan kewujudannya.Maaf saya ucapkan.



Dulu-dulu punya cerita...



Saya memang tidak kenal sangat dengan pelajar perempuan SHAMS kecuali yang pernah sekelas dengan saya(tu pun tidak semua) dan yang terkenal(best students/pelajar yang jadi buah mulut pelajar lelaki lain) sahaja.Fadzlina yang saya jumpa hari tu pun baru saya tahu kewujudannya.Saya masih teringat lagi ketika Camp Kecemerlangan PMR.Ada segelintir pelajar lelaki sedang memuji Nik Nurwani.Dah keluar sekolah baru saya tahu dia yang mana satu.Rupa-rupanya selama ini saya tertukar dengan kawan baik dia Wan Dalilah yang selalu bersama dengannya.Yang dijangkakan Nik Nurwani rupa-rupanya Wan Dalilah dan begitulah sebaliknya.Maklumlah ke mana-mana sahaja mesti bersama.Lucu pulak bila kenang kisah lama(bagi saya la..).
Haha~



Guru-guru yang dikenang...




Tidak dilupakan juga guru-guru SHAMS yang hadir ketika itu.Agak ramai.Ada yang pernah mengajar saya dan ada juga yang tidak.Ada yang masih kekal di SHAMS dan ada juga yang telah berpindah ke sekolah lain.Yang paling penting ada yang masih kenal dan ada juga yang telah lupa.Maklumlah dah berapa tahun tidak berjumpa.Sejak 2004 kita berpisah.Kini 5 tahun telah berlalu.Sungguh cepat masa bergerak meninggalkan sisa memori yang menjadi sejarah.Terima kasih guru-guruku.Anda semua akan tetap saya kenang walaupun saya dilupakan.Terima kasih dengan ilmu dan pembentukan akhlak ini walaupun saya masih bukan yang terbaik yang boleh anda semua banggakan.Syukran jazilan~




Berfikir sejenak...



Pada malam itu juga ada kawan yang "upload"kan gambar yang diambil ketika di majlis perkahwinan tersebut ke dalam FB.Maka ramailah rakan-rakan yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut hadir ke majlis sesi melihat foto.Komen-komen yang terhasil sungguh meriah sekali.Macam-macam yang dikomenkan.Saya juga turut serta.Biasalah saya dengan ayat-ayat yang sedikit provokasi(bagi saya sedikit..).Maaf jika ada yang terasa.



Cuma saya terfikir kenapa yang "kelihatannya" hendak sangat berkahwin dikatakan "gatal",itulah,inilah dan lain-lain sedangkan yang "berpacaran" itu tidak.Pada hal berkahwin itu suatu "amalan" yang murni di mana pahala dikurniakan kepada yang melangsungkannya.Berkahwin juga merupakan sunnah bahinda Nabi S.A.W dan tuntutam syariat.



Apa pun yang dikatakan,merupakan fitrah manusia untuk berkongsi kasih dan berpasangan.Namun begitu pilihlah jalan yang diredhaiNYA agar "paling kurang" nanti generasi akan datang(anak-anak kita..insyaALLAH) tidak akan mempertikaikan tindakan kita dan jalan yang mereka pilih kelak juga jalan yang diredhaiNYA..Amin~



Akhir kata sekali lagi Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Wan Aimi Rashidah dan Muhammad Izzat..




Baarakallahu laka wa baaraka ’alaika wajama’a bainakuma fi
khair..Amin~















Ya ALLAH...
Ketemukanlah aku wanita solehah...
Utk kujadikannya isteri dan ibu kepada anak2ku...

Amin~